I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

couNtdowN?

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 8:57 am on Friday, February 24, 2006

salamun ‘alaik~
hehehe… first skali.. hari ahad hari tu aku baru mula bertugas. lucu plak bila pikir.. first time jadi guard pintu… adesh.. nak citer bout that ka?? i think i;m not goin to tell ya bout that….
duh~ what happened this week?? erhm… teacher. guru subjek english bakal bertukar ganti lagi.. kerap kali la patah. pengambilan guru2 baru diadaakan besar2an.. hehe… tuk subjek maths pon sdg cari ganti… mlmh JA nak kawen~~ waduh~ dah jadi lumrah… mmg lumrah pe.. hehe…
xde ape sgt nak celoteh for tonite… lg pon dah lewat seyh… xmo dah jadi guard kat umah neh… huhuhu….
i cant forget last nite~~~ wawawa… best banget.. angin bertiup sepoi2 bahasa… air menderu ditiup angin… hahah… subhanallah… ade tamrin semalam. gilak2 best! relaks… cam gi sana bukan tuk tamrin but tuk release pressure je. ye lah… aktiviti bukannye banyak! relaks… huhuhu! mmg tension dihati ni kurang sikit bila balik! wahhaa~ ma kasih kat mu’allimah and ustaz2 yg susah payah adakan tamrin yg heaven gile cam ni! syukran!!! wawawa~ tapi kitorang yg banaat kene denda sket. sbb gi lewat surau tuk qiam. kui3… pastu for da first time aku makan ikan pari.. keh3.. rasanya org lain ade yg dah jemu makan kowt… hihihi… biar la.. tetap best~~~ sweet moment tol masa bakar ikan tu. hihihihi~~~ subhanallah! ingat agik tengahari semalam duk bawah pokok ramai2. aku baca buku. orang leyn wat keje masing2 kat situ. dengan angin yang bertiup~ waah! sungguh indah~ kui3… heaven gile!!
countdown birthday… erh… ye ker? ade byk planning aku tuk birthday aku.. but.. duh~ tak termampu agik kot buat masa skarang. huhuhu…. alhamdulillah.. aku dikurniakan perasaan gembira malam nih. thanx ALLAH. aku cinta RABB!

seLaMat haRi LahiR

Filed under: lyrics — ammarhabibahlovelavender at 8:41 am on Friday, February 24, 2006
SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR….

DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU RUGI
KECUALI YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH
JUGA YANG INGAT MENGINGATKAN
KEPADA KEBENARAN DAN KESABARAN

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGANNYA
BILA DAPAT UJIAN REDHOLAH DENGANNYA
BERSIAPLAH UNTUK PULANG PADANYA
HIDUP DI DUNIA SEBENARNYA TIPU DAYA

SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR

WAHAI AYAH DAN BONDA YANG TERCINTA
DIDOAKAN PANJANG UMUR MURAH REZEKI
SIHAT BADAN SEMPENA HARI LAHIR
SEMOGA ILMU DAN IMAN TERTAMBAH
SEMPENA HARI LAHIR
SEMOGA ILMU DAN IMAN TERTAMBAH

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
UMUR YANG DIPINJAMKAN HARGAILAH
GUNAKAN UNTUK BERBAKTI DAN MENYEMBAH ALLAH
BILA DAPAT NIKMAT MALULAH DENGANNYA
BILA DAPAT UJIAN REDHOLAH DENGANNYA

SELAMAT,SELAMAT,SELAMAT HARI LAHIR
SELAMAT DARI KEMURKAAN ALLAH
SELAMAT DARI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN
SELAMAT BERSYUKUR SELAMAT BERSABAR…..

luRve aNta aNti… (”,)

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 8:24 am on Friday, February 24, 2006

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya
sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang
difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang
tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada
kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan
kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap
peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang
bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas
yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat
masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden.
Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah
semenjak kebangkitan Islam di tahun 70′an lagi.Kebangkitan Islam yang telah
menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah,
kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas
nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya
usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung
gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran
barat sekular,
liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing.
Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di
dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan
putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada
berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam
dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa
yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai
kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan
fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.
Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai
peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman
muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka
bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah
persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para
remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya,
cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank,
institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta
Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk
menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di
kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah
usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana - anta dan ana - anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah
menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana
tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu
membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang
berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak
muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata
tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar
wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan
juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif
berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan
sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda
dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh
nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video
nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya,
fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang
berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan,
dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah
maksiat. wal’iyadhubillah…

Salah Faham Ukhuwwah fillah
Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang
mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir,
kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan
oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat
terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di
jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal
abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila
dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak
sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah
melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga
satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story"
yang pernah popular di tahun-tahun 70′an dahulu. Yang pasti, sekali lagi
tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua
jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat
penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama
dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak
lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan
"ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi
tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga
mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si
siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan
golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di
bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil
dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si
naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan
tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung,
siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah
sekelas mereka…ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka
lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70′an
dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal
menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan
kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena
cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul
dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini.
Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat
kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk
menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi
desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun
emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku
bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya,
tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke
Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau
penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa
kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan
perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat
untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik
ini. Biarlah para pembaca  membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau
tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat
memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

(Sumber Diperolehi daripada Majalah i Edisi Bulan Februari)

p/s: semoga kita semua dapat amek iktibar…byk da berlaku camni skrg

taLking to mYseLf

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 11:01 am on Friday, February 17, 2006

salamun ‘alaik~

huhu~ frustrated gile this week! uwaaaa…. gile2 frust! hari tu punye la overdose nye excited! tu la… ingat2 la kat DIA walaupun overdose excited! jangan masa overdose sad baru nak ingat! ingat pulak jgn sekadar ingat… ‘jumpa’ la DIA selalu. pastu jangan just taip je.. reti cakap je… buat tak.. ingat2 la wahai hatiku!!!

argh~ aku xnak dengar derang kata ape! aku xmo dengar! aku xnak derang wujud!!!! ek… sape derang? hati?? nafsu?? aqal?? prasaan?? erh… aku patut bersyukur! bersyukur wei sufiyyah!!! remember that!

remember everything! everything that ur parents want from u! everything ur sis said to you! everything ur sis told u! everything ur parents lecture u! everything ur teachers said to u! everything ur friends told u! remember! remember! then u’ll do it! u can do it! think positive! get motivated! believe in ur self! even others dont believe in urself! u must believe in urself!

remind balik everything u learnt! at home! school! when u do sumthin… bandingkan dgn apa yang DIA dah bg tau in HIS lurve letter! mana lagi baik! sure lah yg DIA bagi lagi baik!!! aim ur goal now! now… now pon dah too late la! at least get started… kalo tak.. nuthim mufid dah la…

wassalam

budak

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 10:37 am on Friday, February 17, 2006

pagi itu Diana terlewat bangun untuk ke sekolah..

Ayahnya tiada. outstation. adik2nya juga terlewat bangun. saat2 nak bertolak ke sekolah, Ammar tetiba mengamuk. xnak gi skolah. dia cari stokin dia. stokinnya yang masih belum basuh itu hanya ada sebelah. Diana cuba mencari ikhtiar lain. Diana mengambil stokin yang ada ditingkat atas yang telah dibasuh. Diana hulurkan stokin itu kepada Ammar. namun Ammar menolak. Ibunya turut memarahi mereka semua. Diana akhirnya mencari sebelah stokin adiknya itu lagi. mencari dan mencari. ‘alhamdulillah..’ Diana mengucapkannya didalam hati. Diana jumpa stokin adiknya yg sebelah lagi didalam bakul kain yg belum dijemur. Ammar pun menerima walaupun Diana dan ibu mereka melarang memakai stokin lembap. namun Ammar berkeras. Diana dan Ibunya tidak boleh berkata apa2 slain membiarkan sahaja Ammar.

mereka tahu. jika mereka menghalang Ammar, Ammar tidak akan ke sekolah. mereka bertolak ke sekolah dengan hati yg gundah gulana. Diana, Nadia dan Marwan memikirkan apa alasan yg perlu diberikan jika guru mereka bertanya.

"laa… tak yah cakap ape2. senyum sudah la… ape susah…" Diana berkata apabila Marwan dan Nadia bergaduh sesama sendiri. kemudian mereka menyalahkan sama sendiri pula. skali lagi Diana memarahi adik2nya.

"semua salah… bangun lewat. nak salahkan sape?"

adik2nya diam.

********************************************

setibanya di sekolah. Diana membaca surah Al-Nasyrah didalam hati. die cukup bimbang. sudahlah dia …. argh~ Diana gusar. dia mengetuk pintu kelasnya. rakan sekelasnya menyedari kehadirannya diluar itu melalui tingkap. namun cikgu sahaj belum menyedari. dia mengetuk pintu kelasnya lagi. cikgu yang sedang mengajar membuka pintu. Diana senyum dengan serba salah. cikgu tersebut menjemputnya masuk. Diana masuk. 19 pasang mata tertumpu kepadanya. ‘argh~ malunye!’ hatinya berdetik. ‘tenang.. tenang… salah kamu juga… bangun lambat! buat tatau sudah…’ hatinya berdetik lagi.

Diana menceritakan sebab2 datang lewat ke sekolah kepada rakannya yang bertanya. ade juga yang bertanya dengan nada sinis. Diana sedar… salah dirinya. tak bertanggungjawab. sudahlah nametag nye ditinggal diatas meja. tak terambil. akhirnya dirinya… diketawakan. bukan diketawakan sebenarnya. tapi… abaikan. (penulis malas nak hurai byk2…)

*********************************

Diana melakukan kesilapan lagi. dia sudah give up. dah putus asa. sudah putus harapan terhadap dirinya sendiri. dia tidak tahu ingin percayakan siapa lagi. dia tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Diana tahu… kepada DIA patut Diana berharap. seperti kata kakaknya. AKU CINTA RABB. Diana mengulangi lagi kata2 itu supaya teguh didalam hatinya. "aku cinta RABB… aku cinta RABB… aku cinta RABB.."

3 weeks…

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 9:17 am on Friday, February 10, 2006

assalamu’alaikum!

waaah… lame dah daku tidak merapu2 didalam blog ini! rindu betul kat blog satu nih! oh… begitu indah perasaan mengupdate blog! hahahahahahahaha!
ishk… semacam je ayatku tu.. huehueh… besh besh! but.. tatau nak cite ’bout what! huhuhu…. ok ok..

first skali semalam ade qiam. waaaahh.. best woo~ lepas ceramah… aku masuk bilik guru. ehhe.. tulun wat keje. heheh.. besh! pahtu.. siapp wat keje.. mu’allimah tunjuk video klip yg senior ku buat tuk persembahan bdak2 laki. D’ amanian boyz. huahua… ade yg aku kawad. waaah~ haha… lagik.. ade la gelagat2 yang agak melucukan kot.. hehe… pastu mu’allimah pasang nasyid and lagu.. uhuh.. pashtu mu’allimah off laptop tu. then… mudir kata, nak gi kedai mamak. haha… kitorang pun order la mee goreng ngan milo ais dua, wahhaa… masa tu dah pkol 1 lebih.. hehehe… pastu kitorang naik atas. pastu nak dekat2 pkol 1.45 kot… ustaz pun sampai. dah beli da. aku pun kuar amik sbb aku je yg cukup syarat nak kuar. lalala… makan la kitorang; mlmh sakinah, k.aisyah, k.tyrah, k. raja and me~ hauhua… lepas makan kitorg gi kat tempat lepak banaat. mlmh sakinah tak join. hehe… k.aisyah beredar mula2 skali. pashtu aku k.tyrah and k.raja masuk tidur pkol 2.30. hauhauha… oh ya.. cikgu ja kena sakat. haha.. almaklumlaa… bakal pengantin. drpd akunye survey,,, kebykan cikgu yg nak kawen nih sure kena sakat. haha…

kesihatan aku jgak tak bape baik tuk seminggu yang lepas. mucus memenuhi rongga hidungku.. uwaaa~ hehe… besh jgak. keke.. ape laa.. pastu nak kena spare tisu banyak2 dalam poket.. ntahape2… alhamdulillah.. skang dah baik. mucus dah kering. dapat hidu bau ; busuk dan wangi seperti biasa. hehehe….

dalam masa tiga minggu nih jgak… teacher eliza dah berhenti ngaja. pindah gi KL. sedih jgak. sbb teacher arr yg tanam semangat kitorang. ek.. haha… tak de arr kan. cara teacher best banget~ windu!! windunye nak tgk teacher pkol bdak2 laki… windu nak dgr teacher cerita pengalaman2 teacher… windu nak dgr tiap2 patah semangat dan keyakinan yg teacher tiup dlm diri kitorg… windunye… teacher senarnya sakit. waaa.. windu teacher~ azraf~ wafiy~ huhuhu.. anak2 teacher.. ingat agik masa teacher bawak azraf masa qiam dulu. OPKIM. waah… pastu.. last week mlmh nazirah datang. huhuhu.. aku xsempat nak cakap byk ngan mlmh. sbb aku kat barisan blkg. tambah plak masa tu ade ustaz dalam kelas. xleh la nak berover2. huhu… waaaa.. teringat abes kat mlmh2 and mlm2 tahun lepas and 2thn lepas. huhuh~ windu.. windu… xsaba nak tunggu sedekad bersama SMI Aman next year~ kumpul balik semua student2 dr batch 1st hingga batch 10. pastu semua cikgu2 yg pnah ngaja di SMI Aman! waaah~ xsaba~ cepatla masa berlalu!

tadik… ade latihan choral speaking. masa duk tunggu nak balik tu… ade la kawan ku sorg neh. panggey aku nama pelik2. haha.. aku pon panggey la nama pelik die gak~ haha.. at last aku majuk. wahha… jalan sampai jalan mana. pastu pusing balik. pastu aku gi jalan tempat lain plak. pastu skali dia kejar aku nak gi tgh2 jalan dah. hehe… but aku masih sedar~ huhuhu… aku marah2 bebetul kat dia. actually aku buat2 je marah masa tu. hahaha.. but mmg ade sikit marah. ye lah. nama pelik die tu jauh terpesong dr nama aku. huhuh.. ape laa.. xbaik la panggey nama pelik2 nih.. sufiyyah sufiyyah,… xsedar ke?

agik… dah ade teacher baru yg ngaja ganti teacher eliza. bleh tahan strict gak teacher nih. hehehe…

tadik.. pegi beli sayur, ikan, ayam kat kedai. gi ngan beskal. besh. huhu.. but.. masa beli ikan… aku xbape knal ikan selar mana satu. ikan kembung mana satu. hehe… aku just cakap je kat pakcik yg jual tu. hauhauhua… xheran la ade skali tu.. aku kena tipu. hehe.. teruk la kakak tu. hehe.. teringat jgak ade skali gi beli kat situ gak. beskal ku jatuh skali ngan sayur2. duh~ malu jgak. but aku wat dunno jaa… pahtu tadik terserempak ngan parents my friend kat kedai tu. ish… rasanya parents kwn ku tu tak cam aku kot. hehe…. aku pon x tegur. hihihi….

pastu.. dalam masa tiga minggu nih jgak… aku asik berjaga malam. bukan tuk online seperti selalu dan skarang. tetapi wat hw. haha… petang2 aku tidur and tgk tv and outing besama adik2. hehe… pastu malam aku tgk tv. pkol 11 baru start wat hw. pkol 1 lebih tido. bgn pkol 4/5++ sambung. hahaha… pastu terus siap gi skola.

pastu last week cikgu yg ngaja subjek KHB suh bawak bil elektrik tuk bulan nov and dec last year. duh~ aku forgot nak mitak ngan my father, kena denda! tulis ’saya janji tidak akan buat lagi!!’ 100x. tambah kena amik signature mlmh sakinah + parents. huhuhu… masa cikgu tu ngaja kat depan, aku tulis mende tu siap2. haha.. buat dunno je cikgu ngaja. terok tul. hehe…

lagik… aku kutip duit cam biasa dalam kelas. pastu ade tu.. aku kena present kat depan ngan dayah. masa duk kat depan tu.. duh. kawan2 aku kacau. peh~ haha.. panggey aku hanamichi la. ape la… kata aku baca laju la. macam2. huhu….

oh ya.. kawanku yg gi haji tu daa balek. datang skola daa.. dia bawak kacang mende tah. inai la.. hauhua… dasat. inai… kawan2 ku pakat conteng tangan. aku lukis smiley satu je. pastu takde dah. tu pon dah pudar. hauhaua.. setengah kawanku siap lukis cam org nak kawen agik! huhuhu… aku nak try jgak. tapi aku sayang tapak tangan aku nak conteng. hehehe….

masa qiam semalam. ade tayangan bdak2 palestin. sedih la. yahudi laknatullah mmg… huh~ tak terkata kejam. zalim. dalam tu org palestin kata… yahudi ni tetap yahudi. kata sign akuan perdamaian. tapi darah tetap mewarnai bumi palestin. damai kah itu? pastu.. dia tunjuk ade sorg budak laki nih… nangis2 duk.. macam sajak gitu. but bukan sajak jugak. hehe.. dia cerita ayah dia kena tangkap. yahudi kata ayah dia pengganas. padahal yahudi tu lah pengganas. pastu masa last tu.. dia jerit sambil nangis "uridu abi! uridu abi! uridu abi!" aku leleh.. huhu… kwnku leleh jgak. erhm…

huarh~ ngantuk plaks. uhuh~ esok kena bangun awal. huhu… gotta go. segala yg baik dr ALLAH. wassalam!

5 ciNta (”,)

Filed under: lyrics — ammarhabibahlovelavender at 8:21 am on Friday, February 10, 2006

*
Cinta kepada Allah
Cinta Rasul
Cinta ibu bapa
Cinta kepada ummah
Cinta kepada kecemerlangan

**
Marilah kita semua
Cinta 5 perkara

ulang *

“Cinta dariku untukmu,
semoga kekal selamanya”

budak2

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 8:16 am on Friday, February 10, 2006

apabila tiba di main entrance sekolah rendah an-nur, Ayah memberhentikan kereta.

"Ayah.. nak duit?" Ammar meminta.

"bukan ke Ayah dah bagi hari tu? tuk seminggu?"

Ammar diam.

"awk buat apa ngan duit tu?"

nadia dan diana hanya mendengar.

Ayah ulang soalannya lagi. Ammar tetap diam membisu. Ayah menghulurkan RM1.50 kPD Ammar. Ammar tidak menyambut wang tersebut dan terus keluar dr kereta dan masuk ke kwsn skolah.

"ayah bagi berapa kat dia hari tu duit belanja?" Ayah bertanya kepada Diana an Nadia.

"rasanya ayah bagi kat dia RM5 je. kat Marwan RM10." Diana memberitahu.

"ayah tanya Ammar punye. bukan Marwan."

"Ayah bagi RM5 je kot." Diana memberitahu lagi walaupun tidak pasti.

*           *         *

Diana dan Nadia sedang menonton tv. Ammar juga duduk disitu.

"Ammar…ayah bagi kat Ammar RM5 je kan hari tu?" Diana mengambil peluang.

Ammar angguk.

"pastu,,, pesal tak cakap kat Ayah pagi tadik?" Ammar diam.

"tadi… ayah datang skolah. cikgu zahrah yang panggilkan Ammar. ayah kata nnt ayah nak belikan ubat sakit tekak kat Ammar. ayah bagi duit masa tu. heheh.." Ammar memberitahu dengan girang.

Diana tersengih. ‘mmg betul la budak2 yang membesar mahukan perhatian daripda orang disekeliling. terutama ibu ayah.’ hati Diana berkata.