I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

budak

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 10:37 am on Friday, February 17, 2006

pagi itu Diana terlewat bangun untuk ke sekolah..

Ayahnya tiada. outstation. adik2nya juga terlewat bangun. saat2 nak bertolak ke sekolah, Ammar tetiba mengamuk. xnak gi skolah. dia cari stokin dia. stokinnya yang masih belum basuh itu hanya ada sebelah. Diana cuba mencari ikhtiar lain. Diana mengambil stokin yang ada ditingkat atas yang telah dibasuh. Diana hulurkan stokin itu kepada Ammar. namun Ammar menolak. Ibunya turut memarahi mereka semua. Diana akhirnya mencari sebelah stokin adiknya itu lagi. mencari dan mencari. ‘alhamdulillah..’ Diana mengucapkannya didalam hati. Diana jumpa stokin adiknya yg sebelah lagi didalam bakul kain yg belum dijemur. Ammar pun menerima walaupun Diana dan ibu mereka melarang memakai stokin lembap. namun Ammar berkeras. Diana dan Ibunya tidak boleh berkata apa2 slain membiarkan sahaja Ammar.

mereka tahu. jika mereka menghalang Ammar, Ammar tidak akan ke sekolah. mereka bertolak ke sekolah dengan hati yg gundah gulana. Diana, Nadia dan Marwan memikirkan apa alasan yg perlu diberikan jika guru mereka bertanya.

"laa… tak yah cakap ape2. senyum sudah la… ape susah…" Diana berkata apabila Marwan dan Nadia bergaduh sesama sendiri. kemudian mereka menyalahkan sama sendiri pula. skali lagi Diana memarahi adik2nya.

"semua salah… bangun lewat. nak salahkan sape?"

adik2nya diam.

********************************************

setibanya di sekolah. Diana membaca surah Al-Nasyrah didalam hati. die cukup bimbang. sudahlah dia …. argh~ Diana gusar. dia mengetuk pintu kelasnya. rakan sekelasnya menyedari kehadirannya diluar itu melalui tingkap. namun cikgu sahaj belum menyedari. dia mengetuk pintu kelasnya lagi. cikgu yang sedang mengajar membuka pintu. Diana senyum dengan serba salah. cikgu tersebut menjemputnya masuk. Diana masuk. 19 pasang mata tertumpu kepadanya. ‘argh~ malunye!’ hatinya berdetik. ‘tenang.. tenang… salah kamu juga… bangun lambat! buat tatau sudah…’ hatinya berdetik lagi.

Diana menceritakan sebab2 datang lewat ke sekolah kepada rakannya yang bertanya. ade juga yang bertanya dengan nada sinis. Diana sedar… salah dirinya. tak bertanggungjawab. sudahlah nametag nye ditinggal diatas meja. tak terambil. akhirnya dirinya… diketawakan. bukan diketawakan sebenarnya. tapi… abaikan. (penulis malas nak hurai byk2…)

*********************************

Diana melakukan kesilapan lagi. dia sudah give up. dah putus asa. sudah putus harapan terhadap dirinya sendiri. dia tidak tahu ingin percayakan siapa lagi. dia tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Diana tahu… kepada DIA patut Diana berharap. seperti kata kakaknya. AKU CINTA RABB. Diana mengulangi lagi kata2 itu supaya teguh didalam hatinya. "aku cinta RABB… aku cinta RABB… aku cinta RABB.."



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.