I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

shaPe yOurseLf tO bE yoUrseLf

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 8:19 am on Saturday, June 10, 2006

Shape yourself to be yourself
oleh : Faisal Arba’in

Dengan
nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyanyang. Segala puji-pujian hanya
kepada Allah, Pencipta sekalian alam. Aku naik saksi tiada tuhan selain
Allah, dan Muhammad itu pensuruh Allah.
Sungguh beruntung orang-orang yang menyucikan dirinya. Dan mengingati nama Tuhannya, lalu ia solat. [al-A'la 87:14-15].

Be Yourself

Apabila
berkata tentang konsep be yourself maka ramailah antara kita melihat ia
adalah konsep yang sangat baik. Namun kerana konsep ini jugalah ramai
manusia yang tidak mahu berubah, tidak mendengar nasihat dan
menjadikannya alasan untuk terus melakukan kejahatan.
"Kita
jangan buat something yang org suruh. Be yourself!". " Tak perlu lah
nak tunjuk baik. Be yourself!", "Dah nie diri aku nak buat macam
mana.." "Aku taknak jadi hipokrit! Be yourself"
.
Begitulah
suara-suara sumbang yang biasa kita dengar dari seseorang yang enggan
memperbaiki diri mereka apabila diberi nasihat. Bagi saya konsep be yourself hanya akan menjadikan seseorang itu statik, mundur dan jumud di dalam pemikiran. Mereka menjadikan be yourself sebagai
alasan untuk menutup sikap mereka yang takut untuk berubah dan menerima
perubahan. Oleh itu, saya lebih gemar untuk menggunakan konsep shape yourself berbanding dengan be yourself.

Shape Yourself

Shape yourself
menuntut seseorang itu untuk membentuk diri mereka dan bukannya
membiarkan diri mereka dalam keadaan yang statik atau berubah dengan
sendiri mengikut keadaan.Dan konsep ini sebenarnya telah pun ditekankan
di dalam Islam.

…Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri… [ar ra'd 13:11]

Ayat
di atas sendiri menyuruh kita membentuk (shape) diri kita, dan kita
tidak akan berubah dengan sendiri kecuali kita sendiri mahu akan
perubahan tersebut.

Shape Yourself tak semestinya baik

Apabila
seseorang itu membentuk (shape) dirinya, tidaklah menjamin seseorang
itu akan menjadi baik. Boleh jadi perubahan yang berlaku itu
menjadikannya lebih teruk. Oleh itu ke manakah sebenarnya yang cuba
kita bentuk (shape) diri kita?Untuk mendapatkan jawapabnya, haruslah
kita merujuk kembali kepada sumber rujukan utama kita iaitu al-Quran

Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu [Asy Syams 91: 8-9]

Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa yang menghendaki, niscaya ia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya. [An Naba' 78:39]

Shape yourself to be yourself

Setelah meneliti semula konsep be yourself, masih lagi ada pengajaran yang boleh di ambil dari konsep ini. Konsep be yourself
menuntut diri kita untuk menjadi/menunjukkan diri kita yang sebenar.
Oleh itu kita juga harus mengenali dan kembali kepada diri kita yang
asli iaitu kembali kepada fitrah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak di lahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih).
Kedua orang tuanyalah yang membuatkan menjadi Yahudi,Nasrani atau
Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahikan anaknya(dengan
sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung,
telinga dan lain-lain anggotanya terpotong? (Riwayat Bukhari, Muslim,
Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad ibn Hambal)

Fitrah manusia adalah Islam, oleh itu mereka yang berpegang kepada konsep be yourself haruslah sedar dan berusaha untuk kembali kepada Islam dan tujuan hidup itu sendiri.

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [Adz Dzaariyat 51:56]

Sekitar Hadith Pertama, Matan Arba’in

Seperti mana yang telah saya kemukakan, mereka yang beralasankan be yourself
untuk menolak nasihat sebenarnya beranggapan jika mereka berubah
kerana terguran tersebut, seolah-olah mereka melakukannya kerana
manusia (si penegur). Dalam fahaman mereka perkara ini adalah dilarang
oleh Rasulullah seperti mana yang disebut di dalam hadith ini

Diriwayatkan
daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.
Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya.
Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu
kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan
dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin
dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya
[bukhari,muslim, an-nasaie, ibn majah, abu daud, ahmad]

Adakah
benar Rasulullah melarang seseorang untuk berubah (hijrah) kerana
manusia? Hadith di atas adalah sahih tetapi pemahaman masyarakat
terhadap hadith tersebut adalah salah. Harus diingat bahawa, apabila
Rasulullah memberi teguran, teguran tersebut
bukanlah untuk melarang individu tersebut untuk berbuat demikian,
tetapi adalah untuk membetulkan kesalahan yang ada dan mengambil
pengajaran daripada teguran tersebut
. Oleh itu, dalam
konteks ini, Nabi bukannya melarang sahabat tersebut dari berhijrah,
tetapi menyuruhnya untuk membetulkan niatnya berhijrah. Maka , sikap
yang benar yang patut kita amalkan ialah kita menetapkan dan
membetulkan niat kita kerana Allah taala apabila ditegur
sedemikian.Tambahan pula di dalam hadith tersebut, pemuda yang
berhijrah kerana ingin berkahwin masih turut sama berhijrah. Namun di
sana beliau menjadi muslim yang baik dan salah seorang sahabat
Rasulullah. Bukankah ini juga salah satu pintu hidayah Allah? Bukankah
Rasulullah juga menjadikan perkahwinan sebgai satu method dakwah?

Jika
manusia tidak boleh berubah kerana teguran manusia, maka sia-sialah
Allah menghantar manusia (para nabi dan rasul) sebagai pemberi ingatan.
.. Sia-sialah ibu bapa disuruh untuk mendidik anak-anak mereka dan
sia-sialah suruhan Allah di dalam kitab-Nya yang menyuruh kita
mengamalkan amar ma’ruf nahi mungkar. Sedangkan kerana suruhan
tersebutlah kita disebut umat terbaik (al-Baqarah 3:110)

Tips Shape Yourself

Proses
perubahan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi perlukan keazaman yang
kuat. Di sini saya ada menyertakan beberapa tip dan galakan untuk
berubah daripada Quran dan Sunnah Rasulullah.

1. Sentiasa berusaha memilih perkara yang baik walaupun bertentangan dengan kebiasaan hidup kita.

Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu [Asy Syams 91: 9]

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), [a' A'la 87:87]

2. Berusaha mengikhlaskan diri kita kepada Allah

Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar. [an nisaa' 4:146]

Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan
dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia
mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi
kesayanganNya [An-Nisaa' 4:125]

3. Lakukan secara berperingkat. Tidak perlu berubah secara mendadak

Maka
apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan
sungguh-sungguh (urusan) yang lain. [Alam Nasyrah 94:7]

4. Selalulah berdoa kepada Allah supaya ditetapkan dalam usaha ini

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah
mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[al-Baqarah 2:186]

5. Yakinlah akan pertolongan Allah dalam proses perubahan

Dan orang-orang
yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama
Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami
dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.[al-Ankabut 29:69]

6.
Jika kita terkandas (mengulangi dosa tersebut) semasa dalam usaha
perubahan, cepat-cepat bertaubatlah dan kemudian menyambung usaha
tersebut

Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Maaidah 5:39)

Kesimpulan

Oleh
itu marilah kita sama-sama berusaha untuk merubah diri kita. Janganlah
kita takut untuk berubah. Janganlah kita menutup hati kita apabila
mendapat teguran atau nasihat daripada sesiapa pun. Dan tetap yakinlah
kepada Rahmat Allah. Sebagai penutup saya sajikan sebuah hadith yang
menunjukkan bertapa kasih dan sayangnya Allah kepada kita..

Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang
baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan
dosa, lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t
berfirman: HambaKu telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia
mempunyai tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana
melakukan dosa. Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa,
lalu berdoa: Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman:
HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang
akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.
Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa:
Wahai tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu
melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai tuhan yang akan
mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu
buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu. Hamba tersebut
berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta
keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu,
Aku tetap akan mengampunkan dosamu (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Hadith
ini bukanlah menunjukkan kita boleh melakukan apa sahaja dosa dan
kemudian meminta ampun, tetapi menunjukkan bertapa sayangnya Allah
kepada kita, Dia memberikan seberapa banyak perluang yang kita perlukan
untuk memperbaiki diri kita. Oleh itu, jika kita terkandas ketika dalam
proses perubahan ini, yakinlah bahawa Allah sentiasa mengampunkan kita
selagi mana kita ikhlas dalam ingin berubah.(al-Isra’ 17:25).Akhir
kata, penulisan ini adalah hasil kajian dan pemahaman penulis, dan
sebagai manusia, penulis tetap melakukan kesilapan. Jika terdapat
pemahaman yang silap, maka perbaiki lah, dan tegurlah kesilapan itu. Jika pemahamanku silap, aku menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku

Wallahu’alam

Sumber:al-isra’ blog’s

hehe… aku plak amik this dari khazinatul asrar hehe… erhm.. senarnya aku amik ni pon khas sekhasnya tuk aku sendiri. huhu… demi my self. demi hati ini. demi my family. hehehe… smoga sape2 yg bace ni sama2 kita dapat hidayah drNYA… INSYA ALLAH.
 



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.