I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

Jiwang bdak science

Filed under: suka-suka — ammarhabibahlovelavender at 2:20 am on Tuesday, February 27, 2007

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku
padamu ialah jisim hatiku di bahagi
isipadu jantungku.
Masihkah kau tidak membuat
sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu
kerana kau ada kekasih baru untuk
menjalankan tindak balas penggantian
ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan
kecerunan garis lurus hatiku ini,
kerana aku dan dia masih lagi
unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti
kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah
pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi
kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum
newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta
yg kau
berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah
mengetahui bahawa kau adalah
‘random’ yg mempunyai janji-janji
manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah
tersebar melalui proses pencaran
dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat
tempoh perkahwinan kita mengalami
rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang
boleh laras untuk mengurangkan
rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu
secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui,
tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu
dengan yg lebih aktif dan bertindak
balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang
bercinta tiga segi dan haruslah
menggunakan hukum-hukum penyelesaian
segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku
dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku
mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaikan,
yang aku mahu ialah tempoh
perkahwinan kita harus mengalami
pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana
sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau
infiniti kerana kau belum
mendarabkannya dengan 6×10^23.

Kau: Kau membuat kemarahanku
meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku
melebihi tekanan udara, kau jugak yg
susah kerana aku akan mengalami
hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu
lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan
hatiku ini. Ku sangkakan kau intan,
tetapi rupa-rupanya kau grafit.
Pergi kau dari sini. Biarkan aku
sendirian……..



1 Comment »

104

   eViL gEniUs

March 2, 2007 @ 7:54 am

hahahahahahahhahahahahaha
lawaknye!
budak sains bercinta gitu ek?
dahsyatnye~
sehingga mengaplikasikan semua yang dipelajari dalam kehidupan~
hahaha!

p/s: apakah cinta bdk sains and akaun? *vomited*

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.