I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

morning!

Filed under: Uncategorized — ammarhabibahlovelavender at 3:31 pm on Sunday, June 24, 2007

praise be to HIM..
hidup agi.
haha… ntah pape.. bangun je pagi2, buat dlu yang wajib. pastu rasa lapar sebab semalam tidur terlalu awal. sampai tak sempat nak makan. ehm… gi makan dlu. haha… best je. panas-panas. em.. pastu ummi da nak gi airport. gi tutup pintu. kejut adik-adikku bangun. ni la keje paling aku x ske. sebab kepakaranku bukan disitu. hurnm… ape ek? peka physics x siap-siap lagi. haha… keje semudah-sekacang tu pon aku x bleh nak siapkan… oh ya… sekarang ni rasa nak sepak-sepak je ‘mereka-mereka’ yang tak jalankan tugas tuh. hisy… semalam aku jumpa one of them, suruh bertugas. tahu pon sengih cam kerang busuk! eeeeeee… hahaha… x de ar.. malu ar wei… kite ni dalam satu organisasi yang kiranya ‘greato’ ar kan.. tapi buat keje tak seperti yang diharapkan. malu… da la aku yang jadi kepala! malu tau ak! klo la derang ni bace… alangkah bagusnya. hari ni aku akan jumpe lagi muke-muke derang yang x reti-reti nak buat keje orang bagi. tunggulah! hahahaha!!
tu pon yang semalam belum tentu lagi ‘kertas-kertas’ itu terisi. klo tak terisi nanti aku check sampai sekolah pasnih… siap la. aku suruh bertugas jugak sebelum pukul 10 pagi! hahaha… gilenye kuasa aku ney!! ape-ku-peduli….
nanti report nanti… takkan la nak report bende sama. kalo yang cikgu cakap kat assembly benda-sama-dan-kita-pun-da-lali-dengar… yang ni pon sama! aku pon fed-up tau nak report benda sama. heck…
ehm… wokay lah.
dah kene sound. nak gi skolah! hahaha!! nanti duk belajar dapat do’a dari ikan-ikan disungai~ ^-^
chiaow~
may ALLAH bless…

0631, 070625

sank-in

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 8:07 pm on Thursday, June 21, 2007

yeah~
da abes mid-year nye exam!! ho. ho. ho.
last paper, physics! dush! dush~
sabtu tu… pe eh? ooh… jogathon! tak terlintas pun nak menceritakan pasal jogathon tu.. wahahaha… aku tak enjoy sangat pun. lagipun mitsui da mendahului aku membuat report skarang. jambori hari tu pun sama. [klik sini utk pergi ke page mitsui] wakaka.. memang aku da tidak se-agresif dlu tuk menceritakan event penting skolah. hua hua hua…
aku pon da jadi malas skang ni nak mengonlinekan diriku. wahaha… time aku on bukan ade owang. kuang3… sdey ar ni pya? sket sket la..
dah. dah.
hari ahad, 170607 cuti peristiwa. ha. ha. berseronoklah aku dan adik beradikku dirumah. tapi aku tak rasa best mana pon. sebab there’re still two of us missing. da violet and ahmad. derang kat asrama. ntah la. sejak lepas balik dari jalan-jalan sesama satu family ke utara weekend last cuti skolah tu, rasa cam tanak bagi derang balik hostel jek. wahahaha… x puas weih [mesti Ngah kembang masa duk baca ni...;p]. tu la namanya adik-beradik kan? balik dari trip ke Indera Kayangan tu… pergh… ntah nak kate ape. dah lama tak gi jenjalan satu family. satu hari dalam kereta. ngan diorang. gaduh-gaduh. kira kereta. trip ngan kengkawan mana ade semua tu. tak pernah pun memberikan perasaan seindah setanding dengan keindahan dengan family. ngan masa komander pun tak leh nak banding! teringat plak masa lalu Tasik Banding on da way back to Kelantan tu. hahaha… abis keluar pasal Bandung pe seme. tak pasal-pasal.
sebab ahad cuti, aku tido habis-habisan. hahaha… gile je. ble da ckop tido, eh.. da terover tido bangon ar kan. plan asalnya, nak study add maths + chem + phy = incomplete. sampai ke malam tak study. tak bukak buku! lalala… malam tu siap tolong adik aku siapkan keje kursus agik! haha… aku yang memang ke-gila-an. pastu da sudah tengok tv. da sudah keje pe seme, TER tido. haha… bila bangun je sebelum subuh tu, eh… tak study agi!! wawawa… trus je kemas beg amik buku total-pro chem ngan text book add maths. kalkulator. letak dalam beg. pastu da siap sedia nak gi skolah, cari pen, xde. mech. pencil? x jumpe. eraser pun. grabbed duit atas almari. naik kete. adik aku x gi skolah. wahahahah… sampai skolah, jumpe juniorku yang begitu baik hati, Najah, pinjam pensel! hahaha… naik kelas. da Samihah duk kat tempat die dengan text book addmath depan dia. aku join ar skali. revise balik quadratic eq. simultaneous eq. functions. tibe2 mu’allimah masuk… suruh bdak akaun keluar. eh? chem dulu? mlmh gi check jadual. betul la chem dlu. adehs… -_-. aku x baca pape pun lagik~ memang cari nahas la aku. da la mlmh yang jaga. dush~ bukak soalan… nombor satu. erk… mane satu anion ni? mlmh duk tengok. aku nak tembak pun serba salah. mlmh pun tanya proton kurang ape? electron lebih ape? anion tu negative positive? erk.. negative. betul. tapi yang mana satu?! -_- bila bulat, mlmh kate cam salah. aku biar. mlmh beredar. aku sapu balek~ buat pilihan terakhir. kuang3… aku pass je soklan yang tak leh. try yang kira-kira. boleh. pastu tak leh. mlmh tengok lagi. mlmh pun tanye ingat tak yang volume mole mass tu? aku geleng. ye la… bape minggu aku x bukak buku chem!! cuti dua minggu x buka. minggu lepas tak buka. hari ni pon tak buka-buka! aku try ingat balik. aku pusing sana.. pusing sini.. buat equation cam maths… last-last dapat la gak. experiment belakang tu pon. pusing nye pusing… boleh la.. tengok je la result nanti… ^-^
gile ah. ni kegilaan ketiga. kegilaan pertama dulu awal tahun paper syari’ah. kedua… secret. huhu… aku menzalimi diri sendiri. how insane… insanity kian meningkat. bukan stakat fizikal… huhu…
pastu add maths. bukak je paper… function. function. function. quad eq. simultaneous eq. okay… ikut rentak je ah. buat yang simultaneous dlu. haha… ngan quad eq. baru buat function. huhuhuh…
last paper is coming. physics. dah plan dah nak study sambil tengok tv. last-last tengok tv x mana. study x mana. buat ape ek? makan je. melalak ngan radio. pastu main ngan adik. x pasal-pasal jadi rajin main ngan adik.
masuk je kelas.. huhu… bantai je ar paper physics tuh.. sempat la gak bace sket2…
hari rabu… dapat ketas BM and Sej. hahahahaha~ tu je aku tahu… pastu, dapat brown envelope [--]^. pastu ade bende-’creepy’-to-me [~~]. then, hari khamis something exploded [~TT~]. my heart sank in da deepest soul. i don’t know how the others can accept that… em.. i can accept that but at the same time there’re something disturbing my mind. how could… that time, two songs cross in my mind. falling away by 786 boyz and i don’t love you by MCR. da lyrics… juge some lyrics form BSB, got nothing to hide no more…
it’s just unbelieveable. unexpected. enough-to-keep-me-in-shock. i saved a special part for ’sheesh’. maybe i put the ’sheesh’ too high. ni ade sorg bdak quote : [a man who trusts everyone is a fool and a man who trusts no one is a fool. we are all fools if we live long enough] aku betul2 tak setuju dengan quote bdak nih.
em… rasa cam nak cari je satu runaway train…
ok ah~
tata…. so long~
quote: DOSA IALAH APA YANG MERESAHKAN HATIMU DAN ENGKAU BENCI JIKA ORANG LAIN TAHU

selamat bermujahadah, ya muslim!!

Filed under: suka-suka — ammarhabibahlovelavender at 6:12 pm on Sunday, June 3, 2007

Postermujahadah_akhwt_1

Postermujahadah_ikhwh_1

Saff

dari : komik.dakwah.info

menjadi diriku

Filed under: lyrics — ammarhabibahlovelavender at 9:27 pm on Friday, June 1, 2007

MENJADI DIRIKU
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
   Dan wajahku memang begini
   Sikapku jelas tak sempurna
   Ku akui ku bukanlah mereka
   Ku apa adanya
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku…….
   Terimalah aku
   Seperti apa adanya
   Aku hanya insan biasa
   Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

it’s all about L.O.V.E

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 9:23 pm on Friday, June 1, 2007

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau
tak pernah memancing pernahkah
kamu melihat orang memancing? Kalau
tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan
seseorang sedang memancing?

Baiklah, katakanlah kamu menemani
seseorang yang sedang asyik
memancing. Tiba-tiba mata kailnya
disentap oleh seekor ikan dan dia
segera memutar pemutar tali pancing.
Sekali-sekala dia menghenjut-henjut
jorannya
supaya mata kail semakin menyangkut
mulut ikan.
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke
darat. Kamu lihat pemancing itu
tersenyum lebar. Gembira benar
hatinya. Kamu juga turut tersenyum
kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing
itu cuba membebaskan ikan daripada
mata kailnya.

Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata
kail daripada mulut ikan, dia
mencampakkan kembali ikan itu ke air.
Eh, apa hal? Kamu memandang
pemancing itu dengan seribu tanda
tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah
tindakannya itu tidak menimbulkan
sebarang persoalan.
Kamu rasa apakah yang akan dideritai
oleh ikan itu? Bolehkan ia
menyambung hidup dengan mulutnya yang
terluka atau mungkin juga isi perutnya
yang telah robek?

Sudah tentu ia akan mengalami
kesakitan sebelum akhirnya mati.
Dengan
mulut yang koyak dan perut yang robek,
dia tentu tidak dapat mencari makanan,
untuk berenang pun mungkin dia tidak
mampu. Dia mungkin disisihkan oleh
kawan-kawan kerana sudah tidak boleh
aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada
seseorang, setelah dia mula menyayangi
kamu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Jangan sesekali terus meninggalkannya
begitu sahaja kerana dia akan terluka
oleh kenangan bersama kamu dan mungkin
tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingati kamu.

Sebab itu apabila kamu merelakan hati
kamu untuk bercinta, seriuslah
dalam tindakan dan keputusan kamu itu,
sebab jika kamu hanya main-main, akan
ada pihak yang menangis.

Tentu kamu dapat bayangkan betapa
sakit dan menderitanya ikan menjalani
hidupnya setelah dilemparkan kembali
ke air. Begitulah, alangkah
sakitnya hidup bersama hati yang robek
kerana mengingati seseorang.
Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH
menjadikan cinta untuk memberi
keseronokkan kepada hamba-hamba- Nya
menjalani hidup mereka, tapi
tahukah kamu lebih ramai orang yang
menderita kerana cinta daripada yang
berbahagia kerana cinta.
Kenapa jadi begitu?

Jika kamu sedang bercinta atau pun
akan bercinta suatu hari nanti,
peliharalah hatinya dan rencahilah
cinta kamu dengan kejujuran,
kesucian dan keikhlasan serta dasarkan
cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta
yang
begini akan kekal, selainnya pasti
menempuh jalan berliku dan akhirnya
menumpahkan air mata kesedihan.

Maka itu, jika kamu belum bersedia
untuk berlaku jujur janganlah
bercinta dulu. Jika kamu belum
bersedia untuk setia janganlah cuba-
cuba
memberikan hati kepada orang lain.
Sebab perbuatan yang sebegini akan
hanya
menghabiskan masa, membazirkan air
mata dan perbuatan kamu itu akan
memulakan satu derita…

Ingatlah, kita adalah apa yang kita
usahakan…. Jangan sesekali
memberikan harapan kepada orang lain,
yang mana kita sendiri pun tidak pasti
akan
kesudahannya. .. Jika hari ini kita
melukakan seseorang, suatu hari
nanti kita pula akan dilukai seperti
mana kita pernah melukakan dahulu….
Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan
ada balasannya.. .

Renungkanlah. …