I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

senyum pada renyai

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 10:04 am on Thursday, July 26, 2007

peace~
senyum? pada renyai? pinjam tajuk cerpen di teratak santai! ^-^ lagipun sekarang ini hujan!
em, rasa semacam. semalam habis baca satu novel. ha. ha. ha. novel lagi. jumpa kat tangga rumah. heck… suka watak Micky! bagi aku, Micky adalah jiwa dalam novel tu.
buku Kira-kira masih belum dihabiskan. sekarang sudah pinjam buku baru daripada guruku! haha… aku mesti baca buku tersebut kerana penulisnya menghantar e-mail kepadaku. beliau meminta komen daripadaku. serba salah rasanya. aku tidak berapa suka komen hasil orang. tapi tak apa lah, sebab beliau minta, aku akan cuba usahakan. lagi, selepas seminggu ujian yang kedua menanti. argh… oh ya. paper biology juga akan diulang. pada hari selasa yang akan datang.
ehm… dengar cerita adik aku pasal budak-budak kelas dia, teringat pula pada zaman aku tingkatan tiga. rindu? ah… tidak wajar rindu pada sesuatu yang tidak mungkin kembali. ^-^ tidaklah rindu, cuma terdapat satu perasaan indah disudut hati ini. aku pun tak tahu apa namanya perasaan itu. biarkanlah. tulis panjang-panjang disini pun, memori itu tetap disana. ditelan masa. berlalu ditenggelami masa depan. waah… aku sedang menghayati jiwa. haha.
baru teringat. aku terasa ada sesuatu yang hilang bila balik ke rumah selepas ‘idat du’at dan LKD. pendrive hitam itu. milik kakakku. ah… didalamnya ada sedikit hasil kesusasteraanku. selalu terlupa menelefonnya supaya menghantarkan kepadaku! aku mahukannya! kakakku sayang, jika anda membaca ini, hantar via my e-mail segera ya!
tadi, berbual pendek dengan Mitsui. aku kata aku tidak suka online. ya. memang. benda yeeesh itu hinggap lagi. aku agak kesal kerana mengonlinekan diriku kala ini. ehm, tidak mengapalah. aku agak teruja juga untuk online malam ini kerana Jah. ^^ miss her. Asiah juga online. tapi komputernya pula bermasalah. sebenarnya, aku lebih suka berutusan melalui cara tradisi. ha. ha. letters. surat-menyurat. suka sangat. sebab suka menulis! ha. ha. sebut surat ni, aku sudah poskan surat yang setengah tahun aku simpan! mesti si dia itu tertunggu-tunggu. maafkan aku sahabat!
bulan ini dalam sejarah. melayan rajuk diri sendiri. dari tingkat atas mall itu, aku ronda-ronda. turun ke bus-stop. lama tunggu bas. entah apa masalah bas. sempat la sapa-menyapa kakak-kakak dekat bus-stop itu. oh ya! teringat. masa ke ‘idat du’at, masa naik bas dari Butterworth ke Sg.Petani, aku berkenalan dengan seorang kakak. tingkatan lima. dari MRSM Kulim. ^-^ namanya Suhaila. hehe… Su juga initialnya. anak ke berapa ek? lupa… aduh~ dalam pada yang sama, teringat pula menunggu, memilih bas ni macam cinta. yang ada dalam bulletin sebelum ini. ha. ha. aku naik cityliner. bas ini masih baru dinegeriku! ha. ha. tapi sayang, aku hanya berdiri! dan hampir terjatuh. ha.ha. terima kasih pada kakak yang memegangku. terasa ingin saja aku duduk diatas lantai bas itu. tapi… nanti orang pelik. dah la sehelai sepinggang je. cam lepak. fuh…
ingin berehlah bersama anak-anak buahku pada bulan hadapan. sudah ada tempat. cuma tarikh sahaja belum ditetapkan. namun mereka tidak mahu bercampur dengan kumpulan lain. :| ha. ha. mereka amat teruja untuk berehlah! tidak sabar rasanya aku ingin mengambil lesen kereta! dapatlah aku bawa mereka sendiri. tidak perlu menyusahkan ibu bapa. ahah… impianku.
adik lelakiku yang sedang mengejar cita-cita hafiznya sudah kembali ke asrama. sepatutnya semalam dia sudah kembali. tetapi, ummi tidak sihat. ayah baru balik malam tadi. kakakku yang ada juga tidak larat. semakin aku tidak sabar untuk mendapatkan lesen kereta. dapatlah aku turut membantu! pada kebiasaanya, aku agak sedih bila adikku itu kembali ke asrama. tapi hari ini, tidak terasa apa-apa. kenapa ya? tapi rindulah kepadanya. aku sentiasa teruja bila mendengar berita kepulangannya. sentiasa teruja untuk menghantarnya ke asrama. sentiasa teruja mendengar cerita-cerita pengalaman terbarunya. selalu menantikan kepulangannya. ahah… tapi akan segera menghalaunya pulang ke asrama supaya dapat habiskan hafazan. ^-^ adikku itu… aku bangga dengannya. ^-^ sudah lama aku tidak merasa ice-blended buatannya. ^-^ dia tolong aku lukiskan radas eksperiment. terima kasih!
kakak-kakakku yang ke KONSIS tempoh hari, balik mengirimkan salam kepada kakakku yang tidak ke sana. daripada along, k.kayJ. huhuh… tidak sabar untuk membesar juga. ingin ke sana juga. berjumpa akhawat dari segenap ceruk malaysia. aku masih lagi melepaskan kemarahanku kepada adik-adikku. membuatkan mereka menangis. puas rasanya dapat tengok diorang menitiskan air mata. kejam sungguh! aku ingin sekali menjadikan kekejaman ini zero! sepertimana kempen di sekolah sekarang. em.
aku juga geram dengan segelintir orang. entah lah. aku hanya melayan acuh tidak acuh. aku yang dalam proses penerimaan memang tidak lagi dapat menerima selepas hari itu. aku menjauhkan diri. sedikit pun tidak mahu bersentuh. tapi aku tahu, aku diperlukan untuk membantu. em… buat sementara ini biarlah aku menjauhkan diri dahulu. lebih baik daripada jika aku teruskan bertahan. tak pasal-pasal nanti aku meletup. naya juga. aku tidaklah naya. aku takut orang-orang itu yang naya. aku tidak mahu mengulangi sejarah lama hinggakan tanganku ini hinggap ke mana-mana. dua hari lepas hanya kasut yang terbang.

baiklah. tidak ada lagi yang ingin aku campakkan disini.

sekian.

senyum!

CINTA SEJATI

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 9:05 am on Thursday, July 26, 2007

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban
amat menyayangi dan merindui Nabi
Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa
Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau
boleh dia hendak bersama Nabi setiap
masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia
amat berasa sedih, murung dan seringkali
menangis. Rasulullah juga demikian
terhadap Tsauban. Baginda mengetahui
betapa hebatnya kasihsayang Tsauban
terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah
saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya
sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat
sedih jika berpisah dan tidak bertemu
denganmu walaupun sekejap. Jika dapat
bertemu, barulah hatiku tenang dan
bergembira sekali. Apabila memikirkan
akhirat, hati saya bertambah cemas,
takut-takut tidak dapat bersama
denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di
syurga yang tinggi, manakala saya belum
tentu kemungkinan di syurga paling bawah
atau paling membimbangkan tidak
dimasukkan ke dalam syurga langsung.
Ketika itu saya tentu tidak bersua muka
denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat
terharu. Namun baginda tidak dapat
berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah.
Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu
kepada Rasulullah saw, bermaksud
"Barangsiapa yang taat kepada Allah dan
RasulNya, maka mereka itu nanti akan
bersama mereka yang diberi nikmat oleh
Allah iaitu para nabi, syuhada,
orang-orang soleh dan mereka yang
sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan
Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR

* Cinta kepada Rasulullah adalah
cinta sejati yang berlandaskan keimanan
yang tulen
* Mencintai Rasul bermakna mencintai
Allah
* Kita bersama siapa yang kita
sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,
insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
* Hati yang dalam kecintaan terhadap
seseorang akan merasa rindu yang teramat
sangat jika tidak bertemu
* Pasangan sahabat yang berjumpa dan
berpisah kerana Allah semata-mata akan
mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
* Rasulullah amat mengetahui
mana-mana umatnya yang mencintai
baginda, meskipun baginda sudah wafat.
* Rasulullah memberi syafaat kepada
sesiapa di antara umatnya yang mengasihi
baginda

Sebaik-baik sahabat ialah mereka
yang berkawan di atas landasan keagamaan
dan semata-mata kerana Allah.

can’t deny

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 7:18 pm on Friday, July 13, 2007

peace be upon ya~
ehm… dalam masa seminggu, aku hanya berada dirumah kira-kira sehari saja.
dari 5 Julai, aku telah ke Kedah. menghadiri program ‘idat du’at. setelah program tersebut, terasa bahu ini menggalas semakin banyak tanggungjawab. tanggungjawab terhadap DIA, diri sendiri, ibu bapa, saudara-saudara, kawan-kawan, masyarakat. ada satu cerita yang aku dapat diprogram tersebut kisah nelayan, seingat aku lah. nelayan ini muslim. aku agak terlupa pasal jalan cerita ini.

nelayan ini bekerja pada waktu pagi dan berehat bila tiba waktu petang. begitulah rutin nelayan ini. dan pada suatu hari seorang kafir, datang kepadanya.
dan berkata, "kenapa tidak bekerja?"
jawab nelayan tersebut, "ini waktu rehatku."
"kenapa engkau tidak bekerja lebih lagi?"
"untuk apa aku menggunakan waktu rehatku untuk bekerja?"
"cuba engkau bayangkan, jika engkau bekerja lebih, engkau akan dapat bot yang lebih besar."
"buat apa ada bot besar?"
"bila engkau mempunyai bot yang besar, engkau dapat pergi ke tengah laut yang lebih dalam."
"untuk apa?"
"bila engkau ke laut yang dalam, engkau akan memperolehi ikan-ikan yang lebih bagus."
"buat apa?"
"kemudian engkau akan mendapat keuntungan yang lebih berganda. kemudian engkau dapat membeli kapal. engkau dapat menggaji pekerja-pekerja. dan ketika itu engkau dapat berehat untuk selama-lamanya."

aku terlupa pula jawapan nelayan tersebut. lebih kurang begini agaknya, "aku bukan mahu berehat untuk selama-lamanya. dan aku mahu hasil kerjaku sendiri." [kepada sesiapa yang tahu kisah ini, sila betulkan ya!]
tapi moralnya, orang kafir akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dia mahu sehingga dia mendapatnya dan bila ia berakhir, ia berakhir begitu saja. tetapi fikiran muslim berlainan. kita, muslim, bekerja dapat pahala.

dan dr. Daniel Zainal Abidin bercerita. mengatakan ada seorang yahudi membuat lawak, tetapi tidaklah lawak bagi kita yang mengambil sirius hal ini. lawaknya berbunyi begini, "ada sebuah kedai menjual otak manusia. bila ade pelanggan datang ke kedai tersebut dan bertanya, "otak manakah yang mahal?" maka  penjual akan menunjukkan otak orang Palestine. otak yang murah pula otak orang-orang yahudi."
ha. ha. ha. mesti agak berbangga kan otak orang Palestine mahal. kenapa mahal? sebab otak-otak itu tidak digunakan! otak-otak itu kosong. otak orang-orang yahudi murah kerana terlalu banyak digunakan. ini adalah satu penghinaan. dr. Daniel Zainal Abidin mengibaratkan otak orang melayu sekarang juga begitu. ya. benar! anak-anak melayu hari ini tidak sedar, kita sedang diperbodohkan.
dr.Daniel kata, kalau otak melayu dijual, tentu mahal. kerana tidak digunakan juga! ibarat USB lah kan. kereta. kereta second-hand tentu murah kerana sudah digunakan. kereta yang baru sahaja keluar dari kilang tentu mahal kerana belum lagi digunakan.
tidakkah terasa diri ini tidak berguna? aku  ingin berusaha menjadi lebih baik. aku mahu menafikan semua dakwaan itu. there can’t be any denial if we still in our place. static. we must move and keep moving. never stop!
dr. Daniel juga mengatakan orang melayu ini, BP. bukan stesen minyak tu. BP itu ialah BODOH PEMALAS. aku berbangsa melayu. sekali lagi aku tidak dapat menafikan perkara ini. mungkin anda ketawa mendengar ini. masihkah anda ketawa bila anda sedar, anda adalah BP itu! melayu yang BP itu!
tidak guna merdeka 50 tahun jika masyarakat semakin mundur. semakin kembali ke dunia jahiliah. tahun merdeka semakin meningkat, minda semakin dijajah.

ehm.. setakat ini dulu entri ku. segala yang baik daripadaNYA. segala kekurangan daripada diri ini sendiri. dan satu lagi, aku dapat dari entri Ustaz Muhammad Fauzi, Dr. Yusof Al-Qardhawi berkata, "Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta."

may ALLAH bless.

kerana manisnya madu

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 6:26 pm on Friday, July 13, 2007

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tetiba dia terdengar satu bunyi…. bunyi aauuummmmm!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
So, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni sebab dia dah lapar sangat. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang-pukang. Sempat juga dia berdoa agar diselamatkan dari dibaham dek harimau lapar itu.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri, si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan ada sebuah timba. Si hamba Allah nie pun bergayut pada tali tu. Tapi tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Manakala harimau yang lapar tu menunggu dia di mulut perigi. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia deselamatkan. Sedang berfikir camner nak selamatkan diri, tetiba terdengar kocakan air dalam perigi itu.
Aaaaaa!!! Ya Allah…. Lagilah seram dibuatnya…. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada dua ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Sedang dia berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba muncul seekor tikus putih dari celah-celah lubang perigi. Tikus itu naik ke atas mengikut tali di mana hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas, tikus tu gigit tali tu pulak. Cis! Kurang ajar punya tikus! Alahhhaii…… camner ni?
Lepas tu, keluar pula seekor tikus hitam naik mengikut tali tadi. Cit! Cit! Cit! Cit! sampai kat atas, tikus hitam tu pun gigit juga tali tu. Cis! Lagi satu! Macam mana aku nak buat ni? Habislah jadi mangsa buaya….. Hamba Allah berfikir lagi, kalau naik kat atas, dimakan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, di makan dek buaya. Macam mana ni?
Sedang hamba Allah tu berfikir camner nak selamatkan dirinya, tetiba…… terdengar satu bunyi…… uuuuuuuuuuuuuu!!! Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah-lebah yang sedang terbang mambawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.
Punyalah nikmat……. Hamba Allah tu berkata, “Perghh!!!…. manisnya madu ni. Tak pernah ku rasa manis seperti ni. Sedapnya……. Subhanallah, sungguh sedap ni”.
Kerana setitik madu tadi si hamba Allah tu lupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.
Kalau korang semua nak tau, si hamba Allah itu adalah kita semua!
Harimau yang mengejar tu adalah maut kita. Ajal memang sentiasa mengejar kita! So, beringat-ingatlah.
Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nangkir yang menanti kita di dalam kubur nanti.
Tali tempat si hamba Allah tu bergayut tadi adalah jangka hayat kita. Kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tempat bergayut tu.
Madu…… madu yang jatuh setitik ke dalam mulut si hamba Allah tu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan, setitik saja madu yang jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya itu. Macam kitalah juga…… bila dapat nikmat sikit, lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.
Begitulah adanya……….