can’t deny
peace be upon ya~
ehm… dalam masa seminggu, aku hanya berada dirumah kira-kira sehari saja.
dari 5 Julai, aku telah ke Kedah. menghadiri program ‘idat du’at. setelah program tersebut, terasa bahu ini menggalas semakin banyak tanggungjawab. tanggungjawab terhadap DIA, diri sendiri, ibu bapa, saudara-saudara, kawan-kawan, masyarakat. ada satu cerita yang aku dapat diprogram tersebut kisah nelayan, seingat aku lah. nelayan ini muslim. aku agak terlupa pasal jalan cerita ini.
nelayan ini bekerja pada waktu pagi dan berehat bila tiba waktu petang. begitulah rutin nelayan ini. dan pada suatu hari seorang kafir, datang kepadanya.
dan berkata, "kenapa tidak bekerja?"
jawab nelayan tersebut, "ini waktu rehatku."
"kenapa engkau tidak bekerja lebih lagi?"
"untuk apa aku menggunakan waktu rehatku untuk bekerja?"
"cuba engkau bayangkan, jika engkau bekerja lebih, engkau akan dapat bot yang lebih besar."
"buat apa ada bot besar?"
"bila engkau mempunyai bot yang besar, engkau dapat pergi ke tengah laut yang lebih dalam."
"untuk apa?"
"bila engkau ke laut yang dalam, engkau akan memperolehi ikan-ikan yang lebih bagus."
"buat apa?"
"kemudian engkau akan mendapat keuntungan yang lebih berganda. kemudian engkau dapat membeli kapal. engkau dapat menggaji pekerja-pekerja. dan ketika itu engkau dapat berehat untuk selama-lamanya."
aku terlupa pula jawapan nelayan tersebut. lebih kurang begini agaknya, "aku bukan mahu berehat untuk selama-lamanya. dan aku mahu hasil kerjaku sendiri." [kepada sesiapa yang tahu kisah ini, sila betulkan ya!]
tapi moralnya, orang kafir akan berusaha untuk mendapatkan apa yang dia mahu sehingga dia mendapatnya dan bila ia berakhir, ia berakhir begitu saja. tetapi fikiran muslim berlainan. kita, muslim, bekerja dapat pahala.
dan dr. Daniel Zainal Abidin bercerita. mengatakan ada seorang yahudi membuat lawak, tetapi tidaklah lawak bagi kita yang mengambil sirius hal ini. lawaknya berbunyi begini, "ada sebuah kedai menjual otak manusia. bila ade pelanggan datang ke kedai tersebut dan bertanya, "otak manakah yang mahal?" maka penjual akan menunjukkan otak orang Palestine. otak yang murah pula otak orang-orang yahudi."
ha. ha. ha. mesti agak berbangga kan otak orang Palestine mahal. kenapa mahal? sebab otak-otak itu tidak digunakan! otak-otak itu kosong. otak orang-orang yahudi murah kerana terlalu banyak digunakan. ini adalah satu penghinaan. dr. Daniel Zainal Abidin mengibaratkan otak orang melayu sekarang juga begitu. ya. benar! anak-anak melayu hari ini tidak sedar, kita sedang diperbodohkan.
dr.Daniel kata, kalau otak melayu dijual, tentu mahal. kerana tidak digunakan juga! ibarat USB lah kan. kereta. kereta second-hand tentu murah kerana sudah digunakan. kereta yang baru sahaja keluar dari kilang tentu mahal kerana belum lagi digunakan.
tidakkah terasa diri ini tidak berguna? aku ingin berusaha menjadi lebih baik. aku mahu menafikan semua dakwaan itu. there can’t be any denial if we still in our place. static. we must move and keep moving. never stop!
dr. Daniel juga mengatakan orang melayu ini, BP. bukan stesen minyak tu. BP itu ialah BODOH PEMALAS. aku berbangsa melayu. sekali lagi aku tidak dapat menafikan perkara ini. mungkin anda ketawa mendengar ini. masihkah anda ketawa bila anda sedar, anda adalah BP itu! melayu yang BP itu!
tidak guna merdeka 50 tahun jika masyarakat semakin mundur. semakin kembali ke dunia jahiliah. tahun merdeka semakin meningkat, minda semakin dijajah.
ehm.. setakat ini dulu entri ku. segala yang baik daripadaNYA. segala kekurangan daripada diri ini sendiri. dan satu lagi, aku dapat dari entri Ustaz Muhammad Fauzi, Dr. Yusof Al-Qardhawi berkata, "Cinta akan mencari manusia. Tetapi manusia jangan mencari cinta."
may ALLAH bless.