kerana manisnya madu
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu, tetiba dia terdengar satu bunyi…. bunyi aauuummmmm!! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
So, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni sebab dia dah lapar sangat. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang-pukang. Sempat juga dia berdoa agar diselamatkan dari dibaham dek harimau lapar itu.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri, si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan ada sebuah timba. Si hamba Allah nie pun bergayut pada tali tu. Tapi tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Manakala harimau yang lapar tu menunggu dia di mulut perigi. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia deselamatkan. Sedang berfikir camner nak selamatkan diri, tetiba terdengar kocakan air dalam perigi itu.
Aaaaaa!!! Ya Allah…. Lagilah seram dibuatnya…. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada dua ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.
Sedang dia berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba muncul seekor tikus putih dari celah-celah lubang perigi. Tikus itu naik ke atas mengikut tali di mana hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas, tikus tu gigit tali tu pulak. Cis! Kurang ajar punya tikus! Alahhhaii…… camner ni?
Lepas tu, keluar pula seekor tikus hitam naik mengikut tali tadi. Cit! Cit! Cit! Cit! sampai kat atas, tikus hitam tu pun gigit juga tali tu. Cis! Lagi satu! Macam mana aku nak buat ni? Habislah jadi mangsa buaya….. Hamba Allah berfikir lagi, kalau naik kat atas, dimakan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, di makan dek buaya. Macam mana ni?
Sedang hamba Allah tu berfikir camner nak selamatkan dirinya, tetiba…… terdengar satu bunyi…… uuuuuuuuuuuuuu!!! Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah-lebah yang sedang terbang mambawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.
Punyalah nikmat……. Hamba Allah tu berkata, “Perghh!!!…. manisnya madu ni. Tak pernah ku rasa manis seperti ni. Sedapnya……. Subhanallah, sungguh sedap ni”.
Kerana setitik madu tadi si hamba Allah tu lupa pada harimau yang sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.
Kalau korang semua nak tau, si hamba Allah itu adalah kita semua!
Harimau yang mengejar tu adalah maut kita. Ajal memang sentiasa mengejar kita! So, beringat-ingatlah.
Dua ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nangkir yang menanti kita di dalam kubur nanti.
Tali tempat si hamba Allah tu bergayut tadi adalah jangka hayat kita. Kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tempat bergayut tu.
Madu…… madu yang jatuh setitik ke dalam mulut si hamba Allah tu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan, setitik saja madu yang jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya itu. Macam kitalah juga…… bila dapat nikmat sikit, lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.
Begitulah adanya……….