terkenang~
peace~
aku ingin buang sesuatu lagi disini. ^-^
ia asyik mengganggu ketenteraman hidupku aja! parah sungguh…
just a memory. life is full with memories… -_-^
—————————————————————————————————-
urm… apa ya? okayh… setahun yang lalu, pada tarikh 060806, hari pertama percubaan PMR bagi calon PMR 2006 negeri Kelantan. kuang3… [flashback PMR plak... -_-]
dan pada hari tersebut, seorang calon dengan angka giliran DA303 N021 telah mengalami demam mengejut. hari pertama adalah subjek BM. calon ini tidak dapat menjawab soalan-soalan yang telah dibuat oleh pembuat soalan dengan begitu baik. ketika waktu renggang antara kertas satu dan dua, calon-calon lain sibuk mengulangkaji. calon yang demam mengejut tadi pula tidak begitu bersungguh-sungguh. akhirnya dia hanya memeluk lutut dan mendengar sahaja apa yang dibaca oleh kawan-kawannya. apabila waktu pulang, calon yang demam tadi dijemput ibunya agak lambat. ketika berada didalam kereta, dia telah mengalami perpeluhan walaupun pendingin hawa terpasang. dehydration. [erk... memandai je bagi istilah]
tiba saja dirumah dia telah merehatkan dirinya. tidur. ayahnya mengejutkannya untuk menunaikan ke-wajb-an setiap hamba. selepas maghrib dia tidur lagi. malamnya, lebih kurang pukul 1 ayahnya mengejutkannya. tambahan pula dia belum makan malam dan ubat. kemudian dia menyambung tidur lagi selepas menjamah sedikit mihun goreng. lidahnya terasa begitu alkali! [pulak...]
keesokan harinya, 060807 dia masih juga tidak pulih. ketika menjawab soalan karangan BI, tekaknya terasa mual. dia belum makan pagi. perutnya mengamuk ingin memuntahkan juga apa yang ada. dia terpaksa bergegas ke tandas. dan disinki tandas hanya air yang dimuntahkan. [dah xde makanan...] akhirnya tears rolled down her cheek. seorang sahabatnya telah membantunya. pergi membeli makanan dikoperasi sekolah dan air. selepas itu, kembali ke dewan peperiksaan. sehingga waktu balik, selepas habis kertas peperiksaan untuk hari tersebut, dia hanya memeluk lutut. dan apabila pulang ke rumah, dia tekad, tak mahu letih-letih lagi. jika dia melayan rasa tidak sihat, makin dia tidak sihat. jika dia rasa dia sihat, maka dia akan sihat! semuanya bermula pada semangat. dan pada petang itu dia telah kembali sihat seperti biasa.
———————————————————————————————–
haha~ tetibe teringat trial PMR. memang tak boleh lupalah! dah sehari sebelum trial tu sempat lagi ikut ummi ngan ayah shopping barang untuk kakak! pastu demam mengejut. haha! nervous sangat nak trial. trial je padahal! lucu je bila mengenangkannya! serta manis. ^-^
memori bulan Ogos 2006 memang agak sukar dilupakan. trial. al-husna. apa-apa pun, terkenang selalu pun tidak elok juga. nanti asyik duk teringat, mundur juga. ^-^ kemudian hari ni hari lahir kakakku yang kedua. ^-^ oh ya… sebelum trial tu gaduh dengan kakakku. ha. ha. ha.
hari ni kat sekolah ada sedikit pengisian untuk penutup bulan disiplin. ehm… apa ya? jangan lupa asal-usul kita. ingat selalu ke mana kita akan kembali. gotta go~
may ALLAH bless~