I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

Puisi Gila

Filed under: suka-suka — ammarhabibahlovelavender at 9:18 am on Sunday, September 2, 2007

Puisi gila khas untuk awak…

Awak Kita dah berjangkit dengan blog kawan-kawan kita… saja aja nak layan jiwang karat sikit.

Puisi Gila I

Awak…
Kadang-kadang
Kita berdua macam anjing dan kucing
Kita berdua macam ayam dan musang
Kita berdua macam kucing hilang anak
Kita berdua macam isi dan kuku

Awak…
Pernah tak rasa apa yang kita rasa ni?
Pernah tak rasa dup dap ni?
Kita pulak yang rasa tak tentu arah
Tapi awak cool aja…

Awak…
Kita duduk jauh-jauh
Kita gaduh-gaduh
Lepas tu awak merajuk
Eleh, kita tak heran pun

Awak…
Kita tak pernah hipokrit bila dengan awak
kita adalah kita bila dengan awak…
Kita jumpa banyak color bila dengan awak

*ada kata-kata yang kita tak tahu nak lafazkan*

Awak…
Bila kita boring
Awak Selalu temankan kita

Bila kita rasa otak macam mereng
Awak selalu layan gila kita

Bila kita susah hati
Awak selalu senangkan hati kita

Bila kita perlukan seseorang
Awak selalu sudi temankan kita

Bila kita rasa nak marah
Awak selalu aja tadah telinga

Bila kita rasa nak luah perasaan
Awak pun tadah telinga jugak

Bila kita rasa nak nangis
Awak selalu buat kita rasa tak mau nangis

Bila kita perlukan nasihat
Awak selalu bersedia

Bila kita nak bermanja
Awak kata kita mengada-ngada…*teruknya awak*

Awak
‘Persahabatan’ itu seperti tangan dan mata.
Saat tangan terluka, mata menangis.
Saat mata menangis, tangan menghapusnya…

Awak
TERIMA KASIH untuk:-
perkara semalam tu dan juga yang sebelumnya

Daripada
Kita yang awak kata degil

Puisi Gila II

Awak…
Kita mintak maaf

Awak tanya kenapa?

Sebab…
Kita selalu buat awak marah
Kita selalu buat awak terkejut
Kita selalu buat awak membebel
Kita selalu buat awak merajuk *macam dulu tu*

Tapi yang ni…
Kita selalu gelarkan awak ‘mangkuk ayun’

Awak…
Sepanjang kita kenal
Baru sekali awak mintak maaf *teruknya awak*

Awak…
Kita memang suka buat awak marah
hehehe…
kita suka tengok awak jeling-jeling marah
hahaha…
Lagi awak marah lagi kita suka usik awak
*teruknya kita awak…*

Awak…
Kita dah janji dengan diri kita
Kita tak nak buat awak marah
Kita tak nak lagi dengar awak kata kita degil
Kita nak jadi gadis yang baik
Awak tolong kita ya…

Awak…
Jomlah kita doa sama-sama
Supaya kita terus bersama selamanya
hingga jasad terpisah *kita tak main-main pasal ni*


Daripada
Kita yang awak kata degil
*tapi kita dah baik dah…*

from : k.Lia

JANGAN

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 9:12 am on Sunday, September 2, 2007

Larangan Dlm Islam…
Utk Keselamatan Kita….

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki
(selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (susah)
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa  makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya
Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu
dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)