I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

jiwAng agaiN <3

Filed under: suka-suka — ammarhabibahlovelavender at 2:39 am on Saturday, December 15, 2007

A26d27bd

Roses are red,
Violets are blue,
candies are sweet,
and so are you.

Funny it seems,
on how we met,
Your smile’s so cute,
how different i felt.

Days go by,
what a strange feeling,
sparks were sparkling,
lurve were blooming.

Lurve-drunk we were,
but now oh why,
u’re acting different,
r u saying goodbye?

now u’re cold,
as cold as ice,
y don’t u juz end this,
or r u juz being nice?

tell me the truth,
and stop pretending,
u know something?
my heart is bleeding.

Strange it is,
to keep caring 4 u,
but i’d rather kick u,
and give a big,long BOO!

Always with u through sad and happy,
still will luv u whether u’re fat or skinny,
those were your words when i’m felling gloomy,
well obviously u lied when i got a lil’ chubby.

how insensitive you are,
damn annoyed by ur behaviour,
u’re no longer my prince charming,
nor my knight in shining armour.

these roses are still red,
those violets are still blue,
and yet the worst part is,
that i still lurve you.

Azuzephre15


—————————————————————————————————
haha!! cute je la ayat2 kat atas tu. bukan cute gak… cam… makna mendalam tu. kena baca ngan hati!! deep inside… wahaha… aku dedicated benda ni to… ~!@#$%^&*( hehe… mane bleh bagi tahu kat sini. aku dah sebut dalam hati tadik. haha… thanx to yurix for this nonsense words. ha. ha. ha. [jika mahu tiru, gelak dengan toneless] he3.

bah oh banjir! o~ lala…

Filed under: story, suka-suka — ammarhabibahlovelavender at 5:30 am on Monday, December 10, 2007

peace be upon ya!!
haha. bah oh banjir~ hahaks. bila sebut pasal banjir, hati ni kadang2 nak gelak. kadang2 rasa simpati. kadang2 sedih. kadang2 excited. nak main air la katakan. dan semalam, ada tiga benda yang aku terpaksa lepaskan. hanya kerana banjir~ hue3. tak de la. tiga benda tu adalah intensif Add Maths, English and study circle. semuanya clash. mula pukul 10pg. nak gi senarnya yang English. however… UMMI LOVES ME, her daughter. she’s a very protective mother. ummi bimbang aku stuck banjir kat bandar tu. hehe… takut aku ni tak leh balik. he3. mana tahu paras air sungai meningkat masa aku dalam kelas kan. :D hari ni aku pegi dah la. hehe… dan hari ni, ada sorang kawan aku tak datang, he3. mak dia tak bagi. it’s okay. dengar2kanlah IBU kita. :)
dan pagi tadi aku survey pasal banjir kepada orang-orang dalam YM list aku. he3. hanya beberapa orang yang membalas. terima kasih kerana membalasnya.
urm..

soalannya begini ;

anda sukakan banjir atau tidak? mengapa?

antara jawapan-jawapan mereka ;

(12/10/2007 7:55:53 AM): waalaikumsalam.. hehe.. nk jwb survey nih.. banjir.. majoriti, xsuke.. sebab harte kite sume hancus.. pastu org bole mati lemas lagi2 yg xpndi berenang.. tp, disebalik sume ni mesti ade hikmahnye kan.. mungkin Allah nk bg peringatan pade kite :)

(12/10/2007 8:36:58 AM): banjir jika ia sedikit, memberi manfaat kpd org. tetapi, jika ia terlalu byk, maka ia akan memberi kemudorotan.. jika jawapan saya ialah ya dan tidak

(12/10/2007 9:49:50 AM): suko…sbb leh tgok air byok..

(12/10/2007 10:00:51 AM): bgi org peghak… semestinye.. xske… hohoho sya pilih x suke yg arif.. oleh kerana bile bnjir byk bende jdi susah.. air masuk rumah.. kete xleh gune.. skolah kene tutup.. byk susah la..

(12/10/2007 10:01:55 AM): kadang2 suka..kadang2 tidak… kadang suka..sbb nak main air.. kadang tdk..sbb takut habis duit beli perabut

(12/10/2007 11:04:04 AM): so~so, pros dio bleh la nk mandi banjir, dapat la hiburan sebentar, cons nye, bleh m’bahayakn nyawa dan merosakkan harta bende etc..~~

(12/10/2007 11:33:15 AM): mesti la tak suka banjir siapa suka? susah! nnti kena basuh rumah n so on~ erti perkataan lain tak suka la banjir~

respond terbaru daripada orang luar negara =D ;

(12/10/2007 10:40:03 PM): tak tau nak ckp… mase kecik2 dulu suka sbb blh main air. tapi bila dah besar .hujan pun dah tak jumpa lagi dah kat sini

terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sudi respond. he3. daripada puluhan orang hanya 7 orang ini yang membalas. he3. yup. semuanya betul. haha…
saje je tanya tanya. bagi aku sendiri pun, banjir ni ada baik buruknya. ada yang best dan tak bestnya. haha…
masa banjir 2004 tu excited gila banjir. kenapa? nak main air!! haha… masa tu plak cuti sekolah. lagi-lagi la suka. pernah jugak do’a suruh banjir melarat sampai bukak sekolah, tak yah gi sekolah! haha.. betapa kebudak-budakan. dan bila banjir tu, memang gi main sungguh ar! masa tu akhir 2004, nak masuk tingkatan dua. he3. siap amik gambar lagi. gi main air tu pun, bukan dekat rumah. kena gi tempat lain, sebab rumahku dikira kawasan tinggi. air tak sampai. he3.
tapi, hari ini… aku jadi cam. tak nak banjir! ha3. baru tahu. kenapa? ye la.. jadi cam semalam. haha… tak dapat gi kelas. ehe… pastu, fikirkan andai aku berada ditempat mereka yang tinggal ditepi sungai. tak boleh aku bayangkan. lepas reda banjir, kena basuh satu rumah. baju sekolah. buku sekolah. baju raya. hehe… habis semua la. slip result dulu dulu… haha.
dekat jambatan Sultan Yahya Petra tu ada sebuah pasaraya besar sedang dibina. haha.. dah ada nama dia terpampang kat dinding tu. besar cam ape. satu km dr situ dah boleh nampak. aku sakit hati senarnya pembangunan ditepi sungai itu. haha… ada la certain people do’a banjir supaya tenggelamkan pasaraya tu. haha! aku penah mengeluarkan kata-kata sebegitu. kenapa ek aku sakit hati tengok pasaraya tu berdiri disitu? kerana ianya pasaraya Yahudi. titik pasal tu. mesti tahu kan, siapa itu Yahudi? dah tu pulak, mencemarkan pemandangan. bermula akhir tahun 2005. pemandangan disitu sudah tiada keistimewaan - sentimental value? he3. betul. bila lalu jambatan Sultan Ismail Petra, suka je tengok. hijau~
dulu, kat bawah jambatan Sultan Yahya Petra juga begitu. ada orang tanam sayur. jagung. ada lembu duk main main dan ragut rumput kat situ. ada taman permainan. aku pernah gi situ. ada orang jual. pastu pernah ada pertandingan race motor kat bawah tu. kadang-kadang mereka yang mempunyai kuda akan menunggang dibawah itu juga. waaaahh~ bestnya. ish!!! geram je… sekarang ni yang ada, pasir bertimbunan. sebuah bangunan tertegak disitu. tiang-tiang lampu terpacak. tangki-tangki minyak. semuanya gersang! kambing-kambing pun kena makan rumput tepi jalan. ek… =D
ok2. pastu tadi, ayah ambil aku daripada tuisyen. ayah cakap la, "kawasan yang ada air tu, sama la dengan paras sungai sekarang. air kan rata. maknanya, kawasan yang belum ditenggelami air, lebih tinggi daripada sungai."
ada lagi ayah cakap. ape ek? ada la kaitan dengan kenapa kita kira tinggi bukit ke ape dari paras laut. pastu ayah kata, "kebaikan banjir ialah dapat mengukur ketinggian sesuatu tempat daripada aras sungai." lebih kurang begitulah statement ayahku. dan sungai lebih tinggi daripada laut!! haha~
OH YA. aku adalah tertua dirumah sekarang. :D kakak2 aku tiada. semuanya di Selangor. yang ada dinegeri ini, 6 orang. nombor 4,5,6,8,9 dan 10. dan seorang sakit. sakit bersunat. nombor 8. semoga adikku itu cepat sembuh. ^^ nombor 6 tiada dirumah.
tiba-tiba jadi rindu…
okayh.
may ALLAH bless!
see ya when i see ya!

today is monday

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 10:19 pm on Sunday, December 2, 2007

peace be upon ya.
pertama tama tama sekali.
pasal ape ek? jap2. aku patut senaraikan dulu la nak cakap pasal apa.
1. prebet sapu dan bus driver
2. orang minta sedekah
3. boikot
4. ulat gonggok

SATU.
hati ni buat kali ketiga aku naik prebet sapu lagi. first time prebet sapu proton saga biru. kali kedua prebet sapu produa kenari putih. hari ni van versi lama entah kaler ape. aku serba salah senarnya nak naik prebet sapu. em… tapi, aku geram sangat hari. that baka-jerk-bloody bus driver. huh. geram gile. masa dia menghala ke PM da nampak aku kat situ. bila lalu depan aku, dia tak berhenti pon. padahal bas kosong lagi. jerk! aku ingat muka dia… aku ingat! best lagi pak cik bas 24 semalam. biar buruk, tapi ok. huh. naik prebet sapu pun serba salah jugak. ye la. tak pe ke naik. prebet sapu ni kira tak de lesen. is it legal? eh? tapi aku ape peduli. bongok je bas tuh. bila naik prebet sapu, teringat ke Alang-Nuha. haha… SUUN. best2. ditakdirkan aku ditempat Nuha, aku tak tahan gak. hehe2. ok. next.

DUA.
kat stesen bas tu, ada orang minta sedekah. aku nak sebut mengemis pun, macam kejam sangat. ada kanak-kanak. ada orang tua. ada OKU. aku jadi serba salah. minggu lepas, masa ngan my beloved si kanak-kanak rebena, dia suh bagi kat sorang pak cik OKU ni. tapi aku cam. bukan malu. entah. malu ada gak la sket. tapi aku cam… ntah. esoknya aku nampak lagi pak cik tu. hari ni, nampak lagi. dia datang kat aku. bagi salam. aku cam. aku seluk poket aku. ada syiling 40 sen. aku nak bagi ke tak? argh!!!!!!!! last-last aku cam… gitu ar kan. tapi serba salah. bukan apa. tak patut la minta sedekah. mengapa perlu minta sedekah? bagi OKU, sepatutnya pergi daftar kat mana tu. ada la tempat dia kan. lagi-lagi aku pelik, kebanyakan orang minta sedekah ni pakai ‘elok’ je. yang perempuan, tudung, baju kurung. laki, kopiah, baju melayu. kenapa? aku betul hairan. aku jadi malu juga, kenapa orang Islam minta sedekah? berdosakah aku tidak memberi? dilemma……

TIGA.
boikot. aku dalam usaha memboikot 7-11. tapi hari ni aku derma lagi kat diorang tu 60sen. nak syiling. huhuhu… dah la 7-11 kat stesen bas tu cekik darah!! kat 7-11 lain ducth lady xsampai RM1.60. jahat gle. semalam lagi, lepas aku membeli di 7-11 itu, kata-kata ustaz aku ngan orang-orang lain lagi menghantui mindaku. "walaupun beli barang harga 10sen, 10sen tu lah yang menyebabkan orang islam ditindas." serba salah lagi. so, hari ni, aku pun usaha tidak membeli disitu. haha… tadi terpaksa sebab aku nak syiling. beli la choc tu. nak gi kedai lain, em… takde yang aku nak plak. ehe…

EMPAT.
ulat gonggok. pagi tadi, masa kat wakaf lama itu, aku nampak seekor ulat gonggok keluar dari celahan rumput berjalan menuju ke jalan raya. aku tengok je la dengan sabar. ye la, ulat gonggok jalan bukan macam kita kayuh basikal. bukan macam kita jalan. slow je aku tengok. dalam hati aku, "sempat ke dia lintas jalan tu dengan hidup?" hehe… kejam ke? kejam tak kejam. itulah hakikatnya. jalan raya tu sentiasa ada kereta, lori dan apa-apa kenderaan aja lalu. ulat gonggok tu kecik. aku tengok je dia jalan. banyak kali hampir-hampir dipijak tayar motorsikal dan kereta serta lori. pagi tadi banyak lori. apabila hampir sampai digarisan putih kat atas jalan raya tu, ada sebuah lori pasir lalu. tak pijak lagi. tapi, melayang ulat gonggok tu ke depan. mungkin 1m lebih jarak dari tempat asal dia. kemudian dia jalan lagi sikit. pastu dia berhenti. aku pun perhatikan je. tiba-tiba aku rasa pelik. tak bergerak langsung dah. apakah sudah dipijak ketika aku mengintai bas? itu la. aku cam… kisah ulat gonggok ini. aku ingat nak gi tengok dengan dekat. tapi aku bimbang ada kereta pecut laju. ^-^ amal aku belum cukup. so, tamatlah riwayat seekor ulat gonggok.

sekian sahaja daripada diriku ini. sekadar melepaskan perasaan.

may ALLAH bless you and me!

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 11:57 pm on Saturday, December 1, 2007

10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan   

Satu kena rogol beramai-ramai

Tinggal lagi Sembilan.

"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?"

       
 

   

"Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik.
Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki
… tiga empat orang �"

"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."

"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai
pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang
diri."

"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."

"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia ? Jantan mana yang pelahap buat bini ?"

"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa
dia ke hospital � Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu
itu ?"

"Kenal � abah �"

   

                        

    "Berapa orang ?"

"Empat �"

"Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"

"Seorang saja � yang lain tidak tahu."

"Sudahlah  abahnya! Mari cepat buat report ! "

"Huuuuu � dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "

"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu � sudahlah pakai
skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut,
tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher
saja macam baju dalam!"

"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"

"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Berpesta seks - video lucah di apartmen

Satu sempat dicekup pencegah maksiat   

Tinggal lagi lapan.

"Hah! Padan muka si Saman tu � megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata  kampung anak jadi pegawai!"

"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."

"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras
macam tu �. Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai
pulak tu, bukan seorang-seorang."

"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada
ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat
Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"

"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.�"

"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja
nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua
puluh empat jam ! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya
tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video
lucah di mana-mana. Tv pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam
duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu
duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya
hendak kawal semuanya!"

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Pergi ke konsert Jom Heboh             

Satu hilang ikut jantan

Tinggal lagi tujuh.

"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari  dia tak balik-balik � saya runsing sangat!"

"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah
masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya
kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana
lagi !"

"Esok saya nak pergi jumpa bomoh � tentu bomoh tahu. �"

"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik �."

"Habis ?"

"Kikta tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Jadi GRO di Kelab Nilam

Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh

Tinggal lagi enam.

"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang
anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah �bantu ibu
bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu
kami!"

"Dunia sekarang memang kejam, puan � anak yang begitu baik pun
boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada
puan?"

"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik �."

"Dia kerja apa di KL, tu?"

"Katanya pegawai eksekutif  syarikat .�"

"Syarikat apa, puan?"

"Kalau tak silap syarikat import eksport � katanya pangsapuri
tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar � bosnya baik � selalu bagi
bonus dua tiga bulan sekali."

"Oh?"

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Berpesta arak dan karaoke di kota

Satu terus jadi pelacur

Tinggal lagi lima.

"Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"

"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"

"Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"

"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok
video � tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh
empat jam?"

"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"

"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat
apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak
tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang
mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah?
Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"

"Dia tu bekerja, bukan?"

"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap

Tinggal lagi empat.

"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang
Berhormat tentu ada konteks dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica!
Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa
lagi untuk membebaskan anak kami."

"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil
! Lagipun dia ditahan di Jamaica… ada bukti kukuh dadah itu ada dalam
beg pakaian dia."

"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena nyanya teman
lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak
bolehkah?"

"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan 

Bercinta dengan Mat Hitam Uganda

Satu sudah murtad hendak kahwin

Tinggal lagi tiga.

"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"

"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"

"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"

"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline."

"Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"

Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk
Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan
kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan
api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!"

"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"

"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi!"

"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana
mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"

"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka
masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak
mereka lagi."

"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"

"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"

"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"

"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.�"

Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!

"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"

"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"

"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh ! Tak sempat brake!"

"Ah, ada yang parah nampaknya � satu lagi nampak okey .�"

"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"

"Bawa kawan saya keluar, dulu � saya okey. Saya boleh keluar sendiri."

"Mari kita angkat dia ramai-ramai � jaga kaki dia terkepit. Ah,
dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati ! Ah, letak atas
rumput di sini.�"

"Aaaarrrrgggg � aaarrrrgggg �.."

"Masni � Mas � Mas� mengucap � mengucap Mas .�"

"Aaarrrggg � aaarrrggg �."

"Mengucap Mas �ikut saya, mengucap … Laaa ilaaa haillallah � Laaaa ilaaa haillallah .�"

"Laaaa � ilaaaa .�"

"Kata, Laaa ilaaa haillallah �Mas ! Kata, Laaa ila haillallah .�"

"Laaa � ilaaa �."

"Massss � sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss ! Masss� sebut Laaa ilaaa  haillallah.�"

"Dia sudah tidak ada lagi dek �"

"Masss �sebut Laaa ilaaa haillallah �Masss �sebut �"

"Dia dah tak ada, dek� dah tak ada lagi !"

"Ah, Mas � Mas � mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss � Laaa ilaaa,

tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan � !"

"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"

"… Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya
(agama Islam), lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang
demikian rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di
akhirat, mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
(Pimpinan al-Rahman, al-Baqarah ayat 217, hal.67)

"Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum
bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan �" (Kamus Pengetahuan
Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976,
hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Terjebak dengan kumpulan bohsia

Satu ditangkap bunuh bayinya

Tinggal lagi dua.

"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."

"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau
bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik
sampah, buang dekat tong sampah �."

"Dia ingat dia bijak ! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."

"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua
tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang
bayi."

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu

Satu mati eksiden ketika lumba haram

Tinggal lagi satu.

"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini
hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak
tu ! "

"Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"

"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah
lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah
ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia
tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"

"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh
duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman
lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja.
Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak
tahu dosa pahala!"

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Sangat-sangat susah hati

Termenung-menung seorang diri

Bagai ayam mabuk tahi            

Rasa hidup sunyi sepi

Berkurung dalam bilik setiap hari

Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini

Lalu terjun dari pangsapuri

Langsung diapun mati

"Janganlah kamu membunuh diri kamu /membunuh sesama orang
Islam. Sesungguhnya Allah menyayangi kamu. Dan barangsiapa yang berbuat
demikian secara menentang dan menganianyai diri, maka Kami kelak akan
memasukkannya ke dalam neraka, dan hal yang demikian itu adalah mudah
bagi Allah." (Pimpinan al-Rahman, an-Nisa, ayat 29-30, hal.155)

————————————————————————————————–

iktibar?

diambil daripada : www.bharian.com.my, ahad, 2 disember 2007, sastera

————————————————————————————————–

Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua
tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh.
Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan.

BIODATA: Dr Fatimah Busu

PENGARANG veteran wanita ini mewarnai dunia sastera tanah air
sejak 41 tahun lalu dan pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia
(USM). Antara karyanya, Koleksi Cerpen Al-Isra (10 cerpen) membawa
persoalan falsafah, politik, agama, unsur mitos dan lagenda dalam
sastera Melayu tradisional dengan tanggapan baru. Kumpulan Cerpen
Lambaian Tanah Hijau memuatkan 15 cerpen dengan tema kritik sosial dan
diterjemahkan ke pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Belanda, Tamil,
Perancis, Mandarin, Jerman dan Vietnam. Kumpulan Puisi Apa Ada Di Sana
(2003), Antologi

Cerpen Keajaiban Alam (2004) manakala novelnya, Ombak Bukan
Biru (1977), Kepulangan (1980), Salam Maria (2004), The Missing Piece -
Bahagian I (2005) dan The Missing Piece - Bahagian II (2006) turut
mendapat perhatian pengkaji.