today is monday
peace be upon ya.
pertama tama tama sekali.
pasal ape ek? jap2. aku patut senaraikan dulu la nak cakap pasal apa.
1. prebet sapu dan bus driver
2. orang minta sedekah
3. boikot
4. ulat gonggok
SATU.
hati ni buat kali ketiga aku naik prebet sapu lagi. first time prebet sapu proton saga biru. kali kedua prebet sapu produa kenari putih. hari ni van versi lama entah kaler ape. aku serba salah senarnya nak naik prebet sapu. em… tapi, aku geram sangat hari. that baka-jerk-bloody bus driver. huh. geram gile. masa dia menghala ke PM da nampak aku kat situ. bila lalu depan aku, dia tak berhenti pon. padahal bas kosong lagi. jerk! aku ingat muka dia… aku ingat! best lagi pak cik bas 24 semalam. biar buruk, tapi ok. huh. naik prebet sapu pun serba salah jugak. ye la. tak pe ke naik. prebet sapu ni kira tak de lesen. is it legal? eh? tapi aku ape peduli. bongok je bas tuh. bila naik prebet sapu, teringat ke Alang-Nuha. haha… SUUN. best2. ditakdirkan aku ditempat Nuha, aku tak tahan gak. hehe2. ok. next.
DUA.
kat stesen bas tu, ada orang minta sedekah. aku nak sebut mengemis pun, macam kejam sangat. ada kanak-kanak. ada orang tua. ada OKU. aku jadi serba salah. minggu lepas, masa ngan my beloved si kanak-kanak rebena, dia suh bagi kat sorang pak cik OKU ni. tapi aku cam. bukan malu. entah. malu ada gak la sket. tapi aku cam… ntah. esoknya aku nampak lagi pak cik tu. hari ni, nampak lagi. dia datang kat aku. bagi salam. aku cam. aku seluk poket aku. ada syiling 40 sen. aku nak bagi ke tak? argh!!!!!!!! last-last aku cam… gitu ar kan. tapi serba salah. bukan apa. tak patut la minta sedekah. mengapa perlu minta sedekah? bagi OKU, sepatutnya pergi daftar kat mana tu. ada la tempat dia kan. lagi-lagi aku pelik, kebanyakan orang minta sedekah ni pakai ‘elok’ je. yang perempuan, tudung, baju kurung. laki, kopiah, baju melayu. kenapa? aku betul hairan. aku jadi malu juga, kenapa orang Islam minta sedekah? berdosakah aku tidak memberi? dilemma……
TIGA.
boikot. aku dalam usaha memboikot 7-11. tapi hari ni aku derma lagi kat diorang tu 60sen. nak syiling. huhuhu… dah la 7-11 kat stesen bas tu cekik darah!! kat 7-11 lain ducth lady xsampai RM1.60. jahat gle. semalam lagi, lepas aku membeli di 7-11 itu, kata-kata ustaz aku ngan orang-orang lain lagi menghantui mindaku. "walaupun beli barang harga 10sen, 10sen tu lah yang menyebabkan orang islam ditindas." serba salah lagi. so, hari ni, aku pun usaha tidak membeli disitu. haha… tadi terpaksa sebab aku nak syiling. beli la choc tu. nak gi kedai lain, em… takde yang aku nak plak. ehe…
EMPAT.
ulat gonggok. pagi tadi, masa kat wakaf lama itu, aku nampak seekor ulat gonggok keluar dari celahan rumput berjalan menuju ke jalan raya. aku tengok je la dengan sabar. ye la, ulat gonggok jalan bukan macam kita kayuh basikal. bukan macam kita jalan. slow je aku tengok. dalam hati aku, "sempat ke dia lintas jalan tu dengan hidup?" hehe… kejam ke? kejam tak kejam. itulah hakikatnya. jalan raya tu sentiasa ada kereta, lori dan apa-apa kenderaan aja lalu. ulat gonggok tu kecik. aku tengok je dia jalan. banyak kali hampir-hampir dipijak tayar motorsikal dan kereta serta lori. pagi tadi banyak lori. apabila hampir sampai digarisan putih kat atas jalan raya tu, ada sebuah lori pasir lalu. tak pijak lagi. tapi, melayang ulat gonggok tu ke depan. mungkin 1m lebih jarak dari tempat asal dia. kemudian dia jalan lagi sikit. pastu dia berhenti. aku pun perhatikan je. tiba-tiba aku rasa pelik. tak bergerak langsung dah. apakah sudah dipijak ketika aku mengintai bas? itu la. aku cam… kisah ulat gonggok ini. aku ingat nak gi tengok dengan dekat. tapi aku bimbang ada kereta pecut laju. ^-^ amal aku belum cukup. so, tamatlah riwayat seekor ulat gonggok.
sekian sahaja daripada diriku ini. sekadar melepaskan perasaan.
may ALLAH bless you and me!