I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

sanah helwa

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 5:23 am on Tuesday, February 26, 2008

salam ‘alaik.
eid milad sa’id ilayya! happy birthday to me! selamat hari lahir lahir kepada diri sendiri!
uhuk3.
sudah 17 tahun.
semalam, selepas isya’, 25 Februari 2008, 19 Safar 1429 cik yang ku saYANG sudah mengucapkan selamat kepadaku. :) terima kasih!
kemudian selepas jam 0000 26 Februari 2008, 19 Safar 1429 adikku itu pula mengatakannya. dan terus pengsan. –" terima kasih sayangku.
jam 0230 aku pula pengsan. jam 0600 pada jam aku. jam sebenar 0545 aku celik. lewat 15 minit. aku telah dilahirkan pada pukul 0530.
alhamdulillah. syukur aku masih bernyawa. masih diberikan peluang merasai manis iman dan islam di dunia. ada peluang untuk menatap ummi ayah. peluang bersama kakak dan adik-adikku. =) tapi ada kurang la sikit hari lahir kali ini. julung-julung kalinya… haha. biarlah disitu. dan ada juga perkara best. adikku Ahmad Ibrahim yang kurindu pulang! he’s sick.
o ye. aku juga tak berapa sihat. flu dan juga gusiku bengkak dan sakit. tadi aku gasak je berus jugak gigi sebelah kanan ni. baru aku perasan warna gusiku itu tidak seperti biasa. lebih kepada putih. sabar aja. 14 hari lagi tibalah DATE pertama dengan dentist tahun ini. ^^
ada lagi yang best hari lahir ku hari ini. pergi sekolah TAK NAIK BAS! aha… entah kenapa tentibe tak suka naik bas. hari rabu last week lah. tiba-tiba rasa benci naik bas. tak nak sangat naik bas. sampai nak leleh-leleh pulak. dan ditaqdirkan, esoknya, khamis, 21 Februari 2008, 14 Safar 1429, ayah hantar straight ke sekolah! haha! cerialah aku sepanjang hari tanpa menyedari balik nanti naik bas jugak!! ehe… dan hari ini berbeza. PERGI AYAH HANTAR, BALIK ALAH AMBIL! alhamdulillah. suka kan hati? ehhem… tertinggal buku disekolah. buku-buku log, PQS, phy, BM karangan, chem, add maths, maths… o my homeworks!!
hari ini aku dihujani ucapan selamat daripada kawan-kawan dan my beloved juniors. terima kasih! ini rasa bermakna ni! tahun depan nak 26 Februari sekolah lagi…. TT
tak pe. 11 sya’aban masih ada. :)
may ALLAH bless.

2123hrs
20Safar1429
26Februari2008

o ye, nasyid diatas. terbalik sedikit liriknya untuk aku.

:)

awan berarak ceria dengan titisan hujan
bendera melambai tanda ditiup angin
kususuri perjalanan bertemankan senyuman
dihari lahirku oh diriku

dedaun berguguran buktikan kedewasaan
walau tanpa madah dan hadiah
namun cukup bagiku
sekadar ucapan dan ingatan~

selamat hari lahir
iringan do’a ku pohon
bersyukur kepadaNYA atas nikmat usia

diriku,
usia yang Tuhan kurniakan ini
hiasilah ia dengan amal yang mulia
semoga ia menjadi temanmu di akhirat sana
selamat hari lahir

usia mu
ibarat mutiara tiada berganti lagi
hiaskan iman bersulam taqwa
agar sempat menuju haruman syurgawi

aku rindukan pemberi kaktus itu…

2153hrs
20Safar1429
26Februari2008
thanx Najiha!

G.I.G.I

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 2:28 am on Thursday, February 7, 2008

peace be upon ya.
sebulan aku tak update blog ni?! ehe… pura-pura terkejut. nak je update… namun kekangan masa. haiyoh… bila aku rasa betul-betul penting dan betul-betul apa yang aku nak sampaikan tu ada input baru aku buat. ehe… insya ALLAH.
tapi, pada dinihari ni, aku tak teringin nak mengisahkan tentang konflik dunia hari ini. [ceh, bahasa standard SPM..] –"
tajuk aku kat atas tu ialah? adeih….
washing machine kat bawah mula buat perangai. nak bermanja la tuh.
berbalik pada tajuk asal. gigi. gigi ya? gigi seorang dewasa normal ada berapakah? hihi… aku pun tak ingat fakta tu.
semalam my only lil sis pergi jumpa doktor gigi di klinik pergigian. dan gigi dia telah menjadi macam aku tahun lepas dan juga kakak kami yang no. 2. kakak aku no. 2 kena operate. aku lupa berapa batang. aku kena cabut sahaja, satu batang sahaja. hari ni adikku itu pergi jumpa doktor di hospital, jabatan bedah mulut, empat batang kena buang dan perlu masuk ke Operating Theatre. 1 April masuk OT. ngeri jugak dengar.
tapi yang shok nye… doktor dari Palestine check dia. he3. adoi!
dalam kesempatan dia ke unit periodontik semalam, aku mintak buat appointment aku skali. :) alhamdulillah, appointment aku pada bulan Mac dan CUTI SEKOLAH. aha… tak perlu skip kelas!! yeah~ 11 Mac 2008. 8.30 pg. dah lama aku tunggu saat ini. ehehe… bukan apa. aku tak selesa jugak dengan gigi aku ni. last year cabut sebelah kanan. sekarang ni sebelah kiri. agak mengganggu tetapi tidak sakit. dan ada gusi tutup sikit gigi tu dan menyebabkan makanan yang sudah dikunyah lekat disitu. berdasarkan apa yang diberitahu tahun lepas tu, kemungkinan besar kena cabut la jugak. biar je la. aku redha je. :) dalam tempoh masa yang ada ni, i’ll do my best. insya ALLAH.
dah bertukar tempat tuisyen. uhu… dan kelas pertama ditempat baru this friday, 3p.m - 5p.m. tak dapat hadir kut. pagi esok nak kena call tempat tuisyen tu. ada program diberitahu mengejut lepas isya’ tadi. ummi nampak cam dah berat nak bagi pergi ke tak… dah la sampai hari sabtu. tapi venue dia agak menarik. ahaks! otak nakal mula mainkan peranan!! stop!
dah masuk 7 February 2008. tarikh lahir Asiah bt. Rosedi. Asiah a.k.a Ciah a.k.a ash suka biru. Happy birthday to her. may ALLAH bless her. i hope she’ll get what’s the best for her.  Others  who are february-an are Farah Adlina, Farah Aisyah, Siti Umirah, Afaf Abdul Wahab, Nurul ‘Izzah Mohd Saidy, Saiyidah Samihah and Tengku Fatimah. may ALLAH bless them. semoga mereka dapat apa yang terbaik untuk mereka. insya ALLAH binnajah! SELAMAT HARI LAHIR SEMUA!! ^-^ always remember that, ALLAH knows best.
kayh. Jaa ne.