peace be upon ya.
[bagi sesape yang bukak blog ni sebab ada e-mail dalam inbox dia, maaf ya. ;p]
pada 29 April 2008, latihan sukan. di padang pasir kompleks sukan Binjai! ehe. konon la kompleks. hee. amiin, jadi kenyataan, insya Allah. masa latihan tu, ada kemalangan! rakan sekelasku tingkatan 5, Naim Mukhlis itu telah patah tulang. scapula tak silap aku. syafahullah.
hari ni baru bincang trademark pasukan, apa yang nak guna untuk hias. ahah. ada empat pasukan. QADISIYYAH, QASTANTINIYYAH, MU’TAH & YARMUK. aku rumah Qadisiyyah. hihi. sebut trademark, aku nampak bunga matahari, bintang, matahari dan pisang! haha. baniin kata, "tak payah nak pelik-pelik." –" ignore them. walau bagaimanapun diorang telah memikirkan tentang kain dan nak tulis di mana nama kumpulan serta kertas kebendentah tapi boleh dipanggil origami. ehe. bendera yang dulu dah hilang! kumpulan Qastantiniyyah aje ada bendera. inilah akibat perpindahan sekolah. uhuk. cik Haifaa pula mencadangkan bawa bunga manggar. ehe. maka, persetujuan barang; daun pisang, buah pisang, bintang kertas, origami, kain, kad manila, apa-apa bunga kuning dan bunga manggar. o ye, yang sedihnya, baju sukan hanya akan dapat keesokan paginya! syok budak asrama je la dapat awal sebab baju sukan akan tiba pada malamnya. hue3.
30 April 2008, saat-saat yang dinantikan. aku pergi sekolah tak naik bas. he3. sebab my Violet itu terlibat juga dengan sukan sekolah ini. maka, sebelum ke sekolah, aku nampak bunga kuning depan rumah. ahaha! macam mana aku boleh lupa kat rumah aku ada bunga warna kuning. aku pun petik la. dapat la segenggam. jadi hijau je pokok tu. ehe. dalam hati, "maaf ya pokok. hari ni je aku ambil. nanti berbunga la banyak lagi." ngeh3. aku ambil juga tiga helai daun pisang daripada anak pokok pisang ditepi rumah ku ini yang dijaga oleh Tok Abah. aku mintak dulu la dengan Tok Abah sebab Tok Abah datang pagi tu. o ye, baniin kata daun pisang hijau. itu untuk Qastantiniyyah boleh la. habis tu, buah pisang je la? ehe… gasak lah. Banaat dah setuju semua. diorang ada gak sindir nak bawa buah ape ntah lagi yang warna kuning. huk3. kita bukan ada tema nak bawa semua buah warna kuning. ehe.
memula aku letak bunga-bunga tadi dalam plastik. adik aku yang kumpulan Qastantiniyyah itu kata rosak dah la bunga tu. aku pun buang dari dalam plastik, pegang kat tangan.
o ye, buah pisang aku beli sesikat petang 29 April tu. pagi 30 April, aku gi ambil nak bawa ke sekolah, 2 biji tak de!! waaa! aku jerit, "sape makan buah pisang aku?!!" ummi memang dah pesan, "jangan letak kat dapur la dah nak bawa gi sekolah. nanti ada orang makan." ayahanda tercinta telah makan buah tersebut. hihih. ayah kata, "lain kali jangan letak kat dapur." hihi. aku kata, "takkan nak letak dalam bilik. nanti bersemut." hihi. maka dalam hati, "memang lain kali kena sorok betul!" he.
maka on the way ke sekolah tu, adikku si Yiba itu, "Piyah, aku nak daun pisang deh nanti?" ehe.
sampai kat sekolah, ada dah yang pakai baju sukan. uhuhu… LAWA. badan warna putih dan lengan warna kumpulan masing-masing. baniin ada corak. banaat tak de dan bahagian badan baju banaat combine dengan warna kumpulan masing-masing dekat bawah. turun je kereta, aku bagi segenggam bunga kuning yang pokok-macam-adik-beradik-pokok-ulam-raja itu kepada cik Haifaa. suka cam ape. ehe.
lepas tu cepat-cepat gi beratur ambil t-shirt dekat pejabat. lepas tu turun bawah. mlmh Raihan bagi kain kuning dan bunga manggar. kain kuning tu kena gunting dan sambung sebab tak cukup untuk ikat kepala-kepala yang besar itu. aku telah mengikat kepala-kepala adik-adik dan juge cik Haifaa selaku cik queen itu. ehhem.
Haifaa gi ambil daun pisang lagi masa aku duk adjust pasal kain tu.
Yarmuk pakai ribbon dan kain jugak. Qastantiniyyah banaat pakai ribbon dan baniinnya… Yiba tak bagi tulis kat sini! =D tapi kumpulan diorang la paling best. laungan diorang, baniin, "Qastan-" banaat, "-tiniyyah!" semua, "gomo Qastan gomo! gomo sapa buleh!" hihih. Qadisiyyah? begini, ketua, "Qadisiyyah!" yang lain, "boleh! Qadisiyyah boleh!" ^-^V
kemudian, berbaris biasa dalam kumpulan. tiada pertunjukan perbarisan. ehe.
taklimat pasal merentas desa. kumpulan A, (F3,F4 & F5) sejauh 3.75 km. kategori B, (F1 & F2) sejauh 1.95 km. maka, aku telah mendapat tempat kedua! ahah. Mitsui, saya dapat nombor DUA! ^-^ adikku yang seorang lagi, yang tak dapat masuk tahfiz itu, Abdul Rahman a.k.a Aman tempat pertama kategori B. hihi. dia girang. ^-^ tapi aku spoiler! argh~ tempat pertama kategori A banaat ialah Samahah Sakinah! kakak itu. hihi. aku berlari bersama dengan Amirah Nik Mazian (Yarmuk) dan Samahah Sakinah (Mu’tah) sepanjang rentasan kami.
dah habis semua sampai semula daripada merentas, kena pergi ke khemah. berebut kawasan! sebab tempat teduh. hihih… Anisah telah mengalah. terima kasih. maka disitu, keluarlah bintang-bintang, daun pisang, bunga manggar dan buah pisang. bunga manggar dililit pada tiang. buang pisang gantung pada tiang. daun pisang ikat pada kaki tiang. kad manila ada nama kumpulan digantung. bintang juga digantung. ramai yang jealous dengan mengatakan, "bersungguhnya! pisang-pisang sekali dibawa!" ehek. tak kurang juga ada yang meminta, "nak makan pisang boleh?" ada juga ahli kumpulan sendiri minta. aku kata, "TAK BOLEH. nanti habis sukan baru boleh." =D
o ye, sebelum taklimat merentas desa, Qastantiniyyah dan Qadisiyyah belum hantar folio pasal peperangan masing-masing. Qastantiniyyah folio dah ada. Qadisiyyah? Ketua kami tertinggal di asrama!
sambung balik cerita tadi, hias khemah sambil main. duk tengah lilit bunga manggar, kena panggil main. terompah. adoi! jatuh jugak!! aku tak la. aku selamat sebab belakang sekali. eheh. bergilir-gilir. lepas tu gi sambung hias khemah lagi. lepas tu main kaki hantu pulak. lepas tu siap khemah. pastu, main lagi. bawa bola dengan kayu hoki. aku tak main dah AYU macam sukan SRI hari tu! =D lepas tu kaki hantu. ehehe… sengal. tak sempat sampai garisan, Qastantiniyyah & Yarmuk dah sampai. tapi Mu’tah orang last tak sempat main. seterusnya acara padang pasir terakhir, baling belon berisi air. aku asalnya tak masuk. tapi kena tukar sebab tak nak kalah la harapannya. dan memang tak kalah! ehe. aku orang first baling. frust je bila dengar dihujung garisan nun disana belon pecah. satu je selamat. ark! Qadisiyyah dan Mu’tah selamat satu belon. dua lagi tiada yang dapat diselamatkan. dan Qadisiyyah dapat tempat pertama sebab si cilik Hikmah masukkan dulu belon ke dalam baldi berbanding Adilah.
kemudian, masa untuk makan~ alhamdulillah.
sudah kenyang, kena gi kantin semua. hanya 4 plastik hitam terbentang. tikar terbang! baniin mula dulu. atas plastik tu, ada ‘X’ merah. semua kena ada atas plastik tersebut dan perlu terbalikkan plastik itu tanpa seorang pun turun daripada plastik tersebut. yang kecil-kecil semua kena angkat. cara diorang pelik-pelik. aku try bg idea kepada kumpulan aku. lepas tu, cik Haifaa itu heret aku masuk sekali main. aku dah bimbang (cuak? haha!) sebab ustaz kata yang ada nama untuk main je. nama aku mana ada! Hikmah tak pe ada reason tukar. Shamila cramp. tapi tak pe la. main je la. memula buat idea aku sebelum main tu, Hikmah tukang lipat plastik. then tak jadi. semua turun semula. masa tu Qastantiniyyah dah sudah. aku pulak jadi tukang lipat. yang kecik-kecik dan separa kecik digendong. berjaya! no. 2! baniin tempat pertama Mu’tah. kedua Qadisiyyah juga. ^-^
lepas tu tengok markah pada papan putih. Qds : 414 Qst: 369 Yarmuk:359 Mu’tah:371. itu belum campur markah folio. setelah campur markah folio, Qadisiyyah = 424. Qastantiniyyah = 409. Yarmuk = 389. Mu’tah = 401. aha. TAKBIR!
ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
maka ternyatalah disana, Qadisiyyah mendapat 10 sahaja untuk folio. ehe. dan Qastantiniyyah mendapat 40! =D
selepas itu sesi bergambar. dan kemudian solat Zuhur jama’ie. tukar stokin. semua permainan aku main aku tak pakai kasut kecuali terompah tu. ngeh3. sama cam rehlah hari tu, dah bukak kasut aku malas nak pakai balik.
dan pembahagian hadiah. o ye, kami Qadisiyyah bergambar dengan pisang~ aha. lepas tu berebut la pisang~ aku tinggalkan piala merentas desa dan sebiji pisang diatas meja lepas bergambar sebab nak gi ambil barang dan bersihkan bawah khemah. lepas tu aku gi tengok lesap! huh.
o ye. sebelum terlupa. peringatan bersama (En. Anuar yang berucap semalam pasal ni). kenapa main tikar terbang? kenapa main belon berisi air? ahah. mesti semua fikir, kerjasama. betul. untuk tikar terbang, kena pilih ketua. pastu sikap sanggup berkorban. bayangkan sekeliling plastik tu laut. ehe. fikir sendiri. aku malas hurai. belon berisi air tu, macam mana nak suruh belon tu sampai kepada orang seterusnya? samalah macam mana kita nak capai matlamat, cita-cita kita? nak baling belon tu laju ke, perlahan ke, tinggi ke, rendah ke. jadi, kita bukan sesaje nak main. nak sihat. maka BERFIKIR lah.
sekian sahaja.
o ye.
kedudukannya.
1. QADISIYYAH
2. QASTANTINIYYAH
3. MU’TAH
4. YARMUK
_______________________________________________________________
STAND BY ME
When the night has come
And the land is dark,
And the moon is the only light we’ll see.
No I won’t be afraid,
Oh I won’t be afraid,
Just as long as you stand, stand by me
So darlin’ darlin’ stand by me,
Oh stand by me,
Oh stand, stand by me, stand by me.
If the sky that we look upon
Should tumble and fall,
Or the mountain should crumble to the sea.
I won’t cry, I won’t cry,
No I won’t shed a tear,
Just as long as you stand, stand by me.
And darlin’ darlin’ stand by me,
Oh stand by me,
Whoa stand now, stand by me, stand by me.
Darlin’ darlin’ stand by me,
Oh stand by me,
Oh stand now, stand by me, stand by me.
Whenever you’re in trouble just stand by me,
Oh stand by me,
Whoa stand now, oh stand, stand by me
"COMFORT KILLS US"