aku?
hype.
cuti kali ini agak… sibuk? tidaklah sibuk mana. tetapi ada la juga aktiviti yang terancang dengan perancangan tidak tersangka. huhu.
080523, hari jumaat, tak pergi mana-mana. hanya tuisyen Add Maths pada petang.
080524, hari sabtu memang tidak berada dirumah. ehe… sehingga hari rabu. 0930 hrs, mudir datang ambil dan pergi ke SRI Aman. jam 1030 bertolak ke Klang. 1200hrs, sangkut di jalan ke Gua Musang. Trailer dan lori pasir accident. sekat jalan.
080525, ahad, 0000hrs, tiba di restoran bapa Anis di Klang itu setelah berpusing ke sana ke mari. haha~ agak menggelikan hati. ke Klang guna jalan Stadium Bukit Jalil? aku tak faham pun.
o ye. ada tiga ke empat buah tesco aku lalu. ampang, cheras, shah alam n klang kut. nampak je label tesco beso gedabak tuh terasa cam… bukan suka jakun apatah lagi kagum. tapi something. dan pada masa yang sama nampak tesco tepi sungai dekat rumah ni. something.
0100 hrs, bertolak ke Hira’ Jeram. 0300 hrs sampai~ sungguh tidak selesa. kenapa ya? sejak mula dari naik bertolak. huhu. ada something jugak. 0730 hrs, pergi sarapan. 1100hrs, dibahagikan kepada kumpulan. dan begitulah~ bermulalah kursus pentauliahan dan pengesahan pangkat pegawai dan kadet KRSM 2008. semacam je rasa. tetibe rasa homesick gila-gila! tak bercakap dengan orang. observe orang. biasanya observe orang rasa best. tapi tetibe nampak yang itu, bawa aku ke lain. nampak yang di sana, bawa aku balik rumah. dengar orang cakap, nampak wajah-wajah yang tiada di situ. tetibe mata sentiasa nak pejam. bukan mengantuk. menahan rasa melawan rasa something yang mengganggu itu. kawad pun entah ape je rasa. alhamdulillah boleh fokus.
080526, isnin, hari kedua. dah boleh adapt dengan keadaan. huhu. kenapa aku tiba-tiba begitu? haha. biasanya bising tanpa segan silu. biasanya? biasanya yang sebelum 2007. bermula 2007, masa… ehm. dlam hati jiwa ini masih fighting walaupun dah boleh cakap banyak dan senyum ke orang.
080527, selasa masih fighting. tapi tetibe rasa bersalah. ehe.. rasa cam nak cakap, "panjangkan lagi kursus ni!" ^-^ belajar BaSeD. hari yang mendebarkan. dup… dap… dup… dap….
080528, rabu, debaran bertambah. jam 1000 hrs, pangkat-pangkat ditauliah. alhamdulillah. ^-^ tapi debaran lain pula mendatang. huhu. it’s AMANAH. jangan main-main la~
080529, khamis, 0300hrs, sampai rumah. syukran kepada mudir lagi. 0930, dah ke PTAK. 1430, baru habis. 1600 hrs sampai rumah.
aku memang berdebar takut gila sebut pasal AMANAH. nampak tak apa itu AMANAH? dari konsep pentauliahan pangkat ni.. ya robbi… yang memang dikendong belum terasa dijalankan dengan baik. yang baru ini? insya ALLAH. itulah. BERUSAHA. dan disinilah penting kerjasama. haha. lagu rancangan tv untuk kanak-kanak, WONDER PETS. theme song nya berbunyi, "what’s gonna work? teamwork!" urm.
wargh~ some other thing came! kenapa terasa sempit?
uhu. muhasabah diri. jaga hubungan dengan DIA YANG MENCIPTA, DIA akan jaga kita dari segala aspek.
jangan kau ratapi pada ketentuan ini. buka surah 2 ayat 216!!!
kenapa rasa serba tak kena? clearkan niat kita. cleankan hati.
kenapa setiap kali rasa buntu, nak mengadu rasa tak berguna?
kenapa bila ditanya hati, semua jawapan sudah ada? sedangkan aku tidak tahu?
aku tahu sebenarnya. uhu.
pen off.