I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

10 muwasofat tarbiyah

Filed under: story — ammarhabibahlovelavender at 3:13 am on Friday, August 29, 2008

SEPULUH CIRI CAPAI STATUS MUSLIM UNGGUL
SEBAGAI sebuah tatacara yang mengawal kehidupan seharian, Islam menggariskan panduan lengkap, sistematik dan tersusun supaya kehidupan manusia tidak tersasar daripada matlamat mencari keredaan Allah SWT serta ibadat kepada Pencipta.
Islam amat menekankan pembangunan modal insan berasaskan ciri pembinaan sahsiah dan keperibadian Muslim. Ia kerana manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT dan khalifah diberi kelebihan serta kekuatan ilmu.
Keunggulan keperibadian manusia hendaklah disulami dengan akhlak mulia, ilmu pengetahuan berpaksikan kepada kebesaran Allah SWT dan ketakwaan kepada-Nya.
Namun, apa yang menyedihkan sekarang ini, kita melihat wujud segelintir umat Islam tidak mampu menjadi contoh kepada orang lain. Umat Islam tidak memiliki akhlak mulia atau menjadi idola kepada orang lain.
Akhbar juga sering melaporkan ada umat Islam terbabit dengan rasuah, penyalahgunaan dadah, pelacuran, jenayah dan pelbagai perbuatan berlawanan dengan ajaran agama itu sendiri.
Lebih dahsyat lagi umat Islam dikatakan ketinggalan dalam kebanyakan bidang kerana mereka meninggalkan agama dalam kehidupan mereka. Apa saja dikaitkan kepada Islam dikatakan mundur, ketinggalan zaman dan tidak sesuai.
Mereka mencemuh akhlak Islamiah sebaliknya mendewa-dewakan apa saja dibawa dari Barat. Semua perkara dilihat hanya daripada lensa Barat dan mengetepikan panduan serta syariat digariskan Islam.
Dalam membahaskan ciri seorang Muslim, seorang ilmuwan Islam, Syeikh Hassan Al-Banna menggariskan 10 ciri jitu lagi mantap untuk memenuhi apa yang dikatakan ‘keperibadian Muslim yang unggul’. Semua ciri ini saling lengkap melengkapi bagi menonjolkan kecemerlangan sahsiah Islam. Ciri itu adalah:
• Akidah yang bersih. Ciri ini amat penting kerana ia menjadi teras kepada pembangunan modal insan sebenar. Dengan ada akidah yang mantap, sudah pasti umat Islam tidak akan tergelincir daripada landasan syariat Islam yang betul. Ia juga adalah suatu piawaian ke arah penyerahan diri seperti diikrarkan dalam solat di mana solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam.
• Ibadat yang betul. Ibadat yang betul akan menjurus kepada keikhlasan dan pembentukan peribadi yang mulia. Ia menunjukkan sesuatu ibadat itu mesti bersumberkan sumber yang betul, terdiri daripada al-Quran dan al-Sunnah serta sumber lain diterima ulama.
• Akhlak yang mulia. Perilaku ini harus dimiliki setiap Muslim kerana akhlak mulia bukan saja akan menjaga hubungan antara makhluk, malah hubungan antara makhluk dan Penciptanya.
• Kekuatan jasmani. Daya tahan yang kuat sehingga dapat melaksanakan tuntutan agama yang optimum amat diberi perhatian dalam Islam. Islam tidak pernah mengasingkan kekuatan fizikal dalam mencari keredaan Allah SWT. Ia amat jelas dilihat kerana beberapa amalan dalam Islam memerlukan kekuatan fizikal yang mantap seperti solat, puasa dan haji. Kekuatan jasmani adalah pencegahan kepada pelbagai penyakit.
• Cerdas berfikir. Kecerdasan berfikir akan membawa kepada intelektualisme. Seorang intelek adalah aset kepada masyarakat. Oleh itu, seorang Muslim perlu memiliki wawasan luas dan kemampuan inteleknya tidak harus diragui orang lain.
• Berjuang melawan hawa nafsu. Oleh kerana setiap manusia memiliki kecenderungan kepada sesuatu yang baik dan buruk, perlulah suatu semangat untuk melawan hawa nafsu yang buruk. Kesungguhan melawan hawa nafsu ini perlu disemai dalam diri umat Islam kerana ia akan berupaya melawan pelbagai maksiat dan kemungkaran.
• Pandai menjaga waktu. Ia faktor penting bagi manusia khususnya kepada orang Islam. Umpamanya Islam mengajar perancangan waktu seperti solat pada awal waktu. Solat pada awal waktu perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian sebagai pengurusan masa yang tepat. Setiap tindakan kita perlu dirancang mengikut waktu sesuai.
• Teratur dalam urusan. Ciri ini memerlukan profesionalisme dalam sesuatu urusan. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban dalam melakukan sesuatu urusan akan menjadikan sesuatu perkara itu dapat dijayakan dengan cemerlang.
• Memiliki kemampuan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkan hanya boleh dilakukan sekiranya kita memiliki kemampuan dan kekuasaan dari segi pengetahuan, ekonomi dan sebagainya.
• Bermanfaat kepada orang lain. Ciri ini akan menghakis sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa prihatin kepada kebajikan orang lain. Seseorang Muslim perlu berusaha menjadikan dirinya bermanfaat kepada orang lain. Jika pun beliau tidak memegang jawatan tinggi, sekurang-kurangnya kita boleh bermanfaat kepada ahli keluarga dan sahabat handai.Semua ciri itu penting serta perlu ada bagi membangunkan modal insan. Walaupun ia mungkin menggunakan nama baru, ulama terdahulu sudah membincangkannya dengan panjang lebar seperti olahan dibuat Hassan Al Banna.
Pada Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pembangunan modal insan amat dititikberatkan oleh kerajaan. Ia menggariskan lapan teras Dasar Pembangunan Modal Insan merangkumi penambahbaikan sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan kemahiran keusahawanan juga diberi penekanan pada rancangan itu.
Justeru, sekiranya formula pembangunan modal insan itu digarap dengan mengambil kira ciri digariskan Hassan Al-Banna, sudah pasti negara akan mencapai kecemerlangan kerana adunan itu akan menghasilkan natijah amat positif apabila insan yang dibangunkan itu bukan saja berguna kepada masyarakat, malah menjaga hubungan baik mereka dengan Pencipta.
Dengan cara ini akan lahir manusia yang mengejar kejayaan di dunia dan tidak sekali-kali mengabaikan persediaan mereka di akhirat nanti.
Penghayatan sebenar terhadap syariat Islam amat penting bagi membangunkan modal insan di Malaysia. Oleh itu, bagi menjayakan RMK-9, program berterusan berteraskan kepada sepuluh ciri yang ditulis di atas perlu dibuat.
Dengan cara berkenaan , negara kita akan terus maju di samping tidak mengetepikan aspek kerohanian dan spiritual.
Kemajuan yang dikejar bukanlah bersifat kemajuan material semata-mata, malah ia menjurus kemajuan yang bersifat spiritual.

quaCk.

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 7:47 pm on Friday, August 22, 2008

miqdad. itu adalah nama orang. maksudnya aku tidak tahulah pula. tapi adikku si Ali itu mmempunyai seorang kawan bernama miqdad. dan seorang lagi adikku bila dengar sebut miqdad, dia ingat "duck". dia kata "duck" tu binatang. itik. bukan orang. tiba-tiba keluar "mickey-duck". dua-dua tu pun binatang!
wander. wander. wander. aha. pergilah blog sesiapa pun, kawan aku lah kan. page friendster ke. semuanya sebut, SPM. spm. SPM. 0_o. dalam blog aku sendiri pun memang duk sebut yang tuh pun. yea. yea. yea. trial is coming. 1st Sept. 1 week to go. itu untuk sekolah kerajaan di kelantan la kan. MRSM tu 3 sept kut. YIK lagi awal. bukak sekolah esok ke lusa terus trial. ho. memang mendebarkan. nak pergi sekolah esok pun cukup mendebar debubkan!
perkara terhangat sekarang ni PLKN. alhamdulillah. syukur nikmat. aku tak kena pergi. tapi quite jealous dengan mereka yang dapat. kawan sekolah aku dua orang dapat. yang lain-lain aku tak tahu. cik Sakinah dan Haifaa itu. dan Asiah juge rasenya dapat. ho. congrats to them. so sekrang aku dah boleh lupakan PLKN. PLKN is out of my plan then. selamat dah daripada PLKN. em. cuma belum selamat daripada trial ni la. –" –" i’m nervous enough to be all-time hearing about spm-bla-bla-spm-candidates-thingy… matriks lah. ape lah. i’m sick!
tiba-tiba semalam kakakku itu sibuk-sibuk tanya pasal result periksa aku sekarang. erk. aku juga tiba-tiba jadi menyampah. apekehalnaktanya? sorry sis. sorry to say. plz dun ask bout my exam la! dah la masa periksa sebelum cuti tu, nak je baca. memang nak la study. tapi… yang ketara sangat masa chem tu. belek buku rujukan tu rasa… rasa cam nak muntah!owh. apekehal agaknya? nak kata aku memang study hard tu tak de la kan. perg… o ye. masa nak periksa kertas bio 2 je tak stress. tenang je. rilek je. baca buku form four dari awal. memang aku jiwakacausakitmental. kawan-kawan aku yang ambil bio masa tu, semua tengok buku form 5 dah. memang aku ni… tapi aku still buat relax. tak pe. tak pe. teringat kat juniorku Nabilah bint Othman telah berkata bila kawan-kawan dia merungut apa yang di baca tak masuk. dia kata apa, "tak pe. kita baca bukan untuk periksa. itu ilmu." aku dalam hati masa tu. em. betul sangat. aku pun go on je la bio tu.
pasal tanya result ku tu. sis, aku bukan ape. ntah. buat ape sibuk nk tau? aku tau itu caring. tapi aku tak nak.  he. tolong ya. jangan sampai aku letop atau marah-marah kat mu. plz dun ask. tade dah. aku tanak la on. haha. aku tanak dah on. tanak.. bukan tanak on. em. tanak log in fs. tanak sign in YM. aku nak update blogdrive. aku nak wander to blog orang lain. nak bukak hotmail. ehe. ade jugak nak tuh.  !@#$^&*()
Asiah duk hostel. all da best Asiah and her gang!
dan di sana ada Najiha. Amalia yang aku tengok dia jalan kaki. dan those prefects in their school.
nun di terengganu ada seorang nurul Izzah.
di tumpat ada dua orang Nadia dan Fatin Kamilah.
ada juga disekeliling Asiah, Farhana Aqlilie..blah3. my neighbour, Azriza.
nun di hulu sana, Che Ah. haha.
dihilir sikit, disisiku, Saiyidah Samihah, Samahah Sakinah, Haifaa dan Nusaibah.
diseluruh malaysia, warga MGB SIM. calon-spm.
adei.
wish them all da best.
aku?
he.
off.

taggy

Filed under: Current Affairs — ammarhabibahlovelavender at 5:14 pm on Tuesday, August 19, 2008

Rules:

1. The rules of the game get posted at the beginning.
2. Each player answers the questions about themselves.
3.
At the end of the post the player then tags 5 people and posts their
names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know
they got tagged and to ask them to play and read your blog.

Starting time: 0753
Name: sofiyyah zulkifli
Sisters: 4
Brothers: 5
Shoe size: 4/5
Height: 156cm
Where do you live: street young king
Favourite drinks: juice
Favourite breakfast: nasi lemak + doughnut
Have you ever been on a plane: 2000
Swam in the ocean: soak. ehe.
Fallen asleep in school: yes
Broken someone’s heart: ya.
Fell off your chair: yup!
Sat by the phone all night waiting for someone to call: tak de la all night.
Saved e-mails: of coz.
What is your room like: simple.
What’s right beside you: meja yang dipenuhi buku yang bermacam jenis,a lurve letter on da speaker yang rosak, almar juga penuh dengan buku.
What is the last thing you ate: nothing. tak ingat makan apa tadi malam.
Ever had chicken pox: campak ke? tak kot. ye kot. @@
Sore throat: sekali setahun.
Stitches: nope.
Broken nose: tak lagi.
Do you believe in love at first sight: love in no sight. :P
Like picnics: suka la jugak
Who was the last person you danced with: em. them kot.
Last made you smile: my bros.
You last yelled at: my bros.
Talk to someone you like: not yet. haha. ye lah!
Kissed anyone: budak yang muka iras humaira’
Get sick: alhamdulillah. aku normal.
Talked to an ex: cakap je.
Miss someone: yup.
Best feeling in the world: rasa bebas dari noda hitam dihati. rasa tak berdosa.
Do you sleep with stuffed animals: boleh la. jadi bantal bila tak de bantal!
Who do you really hate: .
What time is it now: 0801

Randoms :

Q: Is there a person who is on your mind right now?
A: no.

Q: Do you have any siblings?
A: 5 pairs

Q: Do you want children?
A: i have children! haha!

Q: Do you smile often?
A: kind of.

Q: Do you like your hand-writing?
A: very much

Q: Are your toenails painted?
A: Nope

Q: Whose bed other than yours would you rather sleep in?
A: anyone as long as it is comfortable.

Q: What colour shirt are you wearing?
A: white

Q: What were you doing at 7:00pm yesterday?
A: something. haha. dgn those lil bros.

Q: I can’t wait till
A: ramadhan

Q: When did you cry last?
A: long time ago.

Q: Are you a friendly person?
A: boleh la.

Q: Do you have any pets?
A: cactus.

Where is the person you have feelings for right now?
- anywhere.

Did the last person you held hands with mean anything to you now?
- erk. ape?

Do you sleep with the TV on?
- kadang2

What are you doing right now?
- answering you.

Have you ever crawled through a window?
- yup.

Can you handle the truth?
- :) it takes time. it makes me war with myself.

Are you closer to your mother or father?
- both

Who was the last person you cried in front of?
- sape ek? monitor komputer kut. ehe.

How many people can you say you’ve really loved?
- 10 ten hundred thousand million. that’s it. infinity.

Do you eat healthy?
- nope.

Do you still have pictures of you & your ex?
- yup2. ha.

Have you ever cried because of something someone said to you?
- Yuea.

How often do you go to church?
- Never.

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to?
- I prefer to have someone like ‘them’ scratching my back.

Are you loud or quiet most of the time?
- depends.

Are you confident?
- depends.

5 things I was doing 10 years ago:
1998:
- masuk darjah satu.
- 2 kali tukar kelas.
- nangis2 gaduh dengan kawan.
- seorang yang comot lagi bising.

5 things on my to-do list today:
- kemas bag.
- lipat baju.
- bawka buku.
- tilawah.
- ke penang~

5 things I would do if I were a billionaire:
insya Allah,
- sedeqah

- zakat
- hajj
- dah.
- dah.

5 of my bad habits:
- interfere people.
- slow.
- talkative.
- day dreamer
- manusia.

5 places I have lived in :
- rumah banglo satu tingkat dengan halaman luas.
- rumah dua tingkat dengan halaman sejengkal.
- sekolah banyak blok dengan sebuah padang.
- sekolah satu bangunan tengah jalan simpang tiga dengan padang sejengkal.
- sekolah satu blog dengan padang luas sangat.

5 jobs I’ve had
- servant
- daughter
- sister
- student
- peminjam.

5 people I tag:
I’ll tag them in the end of this post

——————–next tag——————–

Question 1: What were you doing 5 years ago?
- nervous to face PMR

Skipped Q #2 because it’s repeated.

Question 3: What are the 5 snacks that you enjoy?
- fruits
- snack jagung
- keropok goreng
- food.
- food.

Skipped Q #4 & #5 because it’s also repeated.

OK…finally the 5 lucky people that hopefully will continue this tag:
Ohh-kay, for both tag, I’d like to tag:
- REBENA
- ASH RUKES
- MARYAM KAMAL
- EVIL GENIUS

- TAK DE SAPE.

life is wonderful

Filed under: lyrics — ammarhabibahlovelavender at 5:56 am on Sunday, August 10, 2008

It takes a crane to build a crane
It takes two floors to make a story
It takes an egg to make a hen
It takes a hen to make an egg
There is no end to what I’m saying

It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
And it takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la

It takes a night to make it dawn
And it takes a day to make you yawn, brother
And it takes some old to make you young
It takes some cold to know the sun
It takes the one to have the other

And it takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
And it takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished, yeah

Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la

It is, it is so
And it is so

It takes some silence to make sound
And it takes a loss before you found it
And it takes a road to go nowhere
It takes a toll to make you care
It takes a hole to make a mountain

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la life is meaningful
Ah la la la la la la la life is wonderful

Ah la la la la la la it is so wonderful
It is so meaningful
It is so wonderful
It is so meaningful

It is wonderful
It is meaningful

It goes full circle
Wonderful
Meaningful

From the album:  Mr. A-Z
Songwriter:  Mraz, Jason Thomas
Label:  Elektra
Genres: Adult Alternative, Pop