aku rindu.
bajet je title kan? cam pelik je.
tapi, sungguh. mula terasa rindu. rindu itu mula bertunas. terasa semakin menghijau dan segar. ha. ha.
rindu dengan kawan-kawan.
omo… bukan rindu kepada manusia-manusia sebenarnya. tapi, rindu yang aku rasa lagi menyentuh jiwa. (ceh!!)
rindukan suatu suasana itu. suasana yang jiwa ini rasa mahu menghidup… er.. menyegarkannya kembali.
nada rindu ini kena dengan tone lagu sami yusuf - without You. nada rindu ini kena dengan tone nasyid-nasyid talib al-habib. nada rindu ini kena dengan segala benda yang menyentuh jiwa. tadi baca sirah yang diforward, rindu semakin segar!
rindu yang bertunas, jika rasa suka, adalah baik disiram selalu.
agar tidak layu, dan kecewa melanda.
apatah lagi sesalan yang berpanjangan.
demi masa, sungguh, manusia itu kerugian!
kecuali, orang-orang yang menasihati kepada kebenaran dan kesabaran.
Rejab sudah datang.
Sya’aban bakal menyusul.
Ramadhan akan menjelma! haha! excited dekat dgn rejab. baru jamadil akhir la!! T.T
iklan2 raya sudah kedengaran.
