I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

lupa tajuk utama.

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 1:26 am on Tuesday, May 5, 2009

yosh.

aku dah lupa apa main point aku kat sini. apa yang nak bagi berambus dari fikiran aku ni. hurnm.

owh. pasal masa. ya. masa.

ok. aku lepasan SPM 2008. heh. macam dah tak laku je title tu sekarang.

ok. aku sekarang pelajar memandu kereta secara berhemat. ha. ha.

sebelum masuk pasal masa,

aku tiba-tiba rasa… ntah. bila banyak blog ni kan… ntahnye.

tadi aku fikir, nak update blog fs ke, blogger? last-last, aku rasa nak menaip kat sini lah. hee.. ntahnyepekehal aku ni.

dah off plurk. dah off YM.

yang masih on, dua tiga komuniti - laman sesawang. eh, ayat pun dah tunggang terbalik aku neh! pastu blogger tu masih belum sign out.

pasal masa.

aku sudah cuti belajar selama lima bulan. sudah masuk ke bulan keenam.

dan nampaknya, sudah ditaqdirkan aku berpeluang berada di rumah untuk jangka masa yang lebih lama. kawan-kawan aku ada juga yang mendapat peluang platinum seperti aku. tak kurang juga yang mendapat peluang keemasan untuk melangkahkan kaki ke menara gading.

dah log out dari satu webserver. yeah.

jadi, tempoh untuk mereka yang mendapat emas dan mutiara untuk berada di rumah, lebih kurang dua minggu je lagi.

untuk aku, lebih kurang dua bulan lagi. he. he. aku bersyukur. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.

insya Allah aku sempat siapkan proses belajar memandu. ^-^ sebut memandu ini, aku memang agak ‘fear’. yeah. patutnya FEAR ALLAH. hurnm. mungkin bukan fear. dia macam, phobia. aku nak kata drivingphobia tu tak. tapi, masalah dengan… heee… namun, aku berjaya mengawal emosi sedikit-sedikit. urm. jadikan aku jadi lebih pendiam sikit. sebab duk fikir phobia tu kan. insya Allah bila dah ada lesen PCDL dalam genggaman aku, aku cerita keseluruhan pasal aku belajar memandu! tidak semanis apa yang lala dengan yummy neechan cerita, bagi permulaan ini. untuk seterusnya, aku harapkan apa yang baik untuk didik hati ni.

aku tahu, masa ini, harus, wajib untuk aku gunakan sebaik mungkin. ya.

masih banyak perancangan aku yang berlum terlaksana. ada yang belum konsisten. apatah lagi nak istiqamah.

aku juga ingin sekali mencari bahagiaku disini, rumah keluargaku. ya. bersama adik-adik. paling utama, ummi ayah. heh. aku agak ‘jahat’ sekarang ini. graf sedang menurun. alhamdulillah, tak menjunam macam bulan lepas. masih terkawal.

iman itu ada naik turun orang kata. ya. urm. ada juga yang berpendapat iman itu antara ada dan tak ada je. tapi iman itu, memang ada masa kurang dan bertambahnya.

dr. aidh al-qarni tulis dalam bukunya, ayat nya bermaksud tak lebih tak kurang begini, “anda tidak akan mendapat bahagia di tempat lain selagi anda tidak bahagia di rumah anda sendiri.” nah! aku bersetuju.

hurnm. aku juga ingin menanamkan sikap tak suka pergi ber’derat’ lagi. macam round-round bandar tanpa hala tuju gitu. hehe. kan dah terbuka satu rahsia. ada lah dua tiga kali aku buat. dua campur tiga lima. haha. selalunya aku jalan seorang diri aje lah. sekali aje pernah ditemani cik Asma’. ehe. aku lah yang mengajaknya. tapi, lepas aku jumpa terjemahan satu ayat dari SURAT CINTA DIA, duduk dirumah adalah lebih baik daripada berpeleseran. aku lupa ayat mana, surah mana. nak gi ambil buku tu pun, aku kurang rajin. tambah pulak, aku ini adalah tergolong dalam golongan yang merupakan fitnah dunia. lagi lah tak elok dan tak boleh keluar rumah sesuka hati tanpa hala tuju. huhu. pulak tu seorang diri. ^-^ alhamdulillah. sedar diri.

dan sesungguhnya, aku tak terasa apa-apa pun pasal universiti itu.nak kata sedih, aku tak menangis. nak kata kecewa, aku tak rasa down. nak kata happy, bila ketawa (buat-buat) rasa tak sedap. nak cakap banyak-banyak, tak sedap jiwa jugak. jadi, aku nak ambil langkah berdiam diri. hehe.

namun, berdiam diri buat aku tak selesa juga. aku bukan jenis diam. aku ni bising. see. entri dah berjela ni. :D

apa-apa pun, tak kisahlah apa yang terjadi, banyakkan do’a.

improvekan amalan-amalan/perkara-perkara fardhu.

usaha amalan-amalan sunat.

kan kata banyak masa? :)

improve attitude. improve adab.

kukuhkan rukun iman yang enam itu.

ok. haha. dekat sejam aku menaip untuk entri ini.

agak lega sudah.

current song : dengan nafasmu - ungu

current feelings : relief wind. haha. ini adalah istilah geografi tak silap aku. yang berlaku dalam bulan mac gitu lah. :P ingat pulak kat geografi…

current internet target : AWAY from friendster, blogs, messengers and others except plurk. haha. karma!

o ye, alhamdulillah. benda ‘bongok’ tu dah tak kacau! cuma tinggal sikit je lagi. :) dan juga dah lama tak bukak bharian.

“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.” [A'-asr, 103 : 1-3]



No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.