tika embun jantan menitis…
huh?
tajuk macam ape je kan?
omo.
balik. raya. balik raya? omo.. masa aku beria-ia nak balik hari tu, bukanlah gembira nak sambut raya bersama keluarga tersayang. aku pun tak tahu. cuma, masa tu, nak balik je! tak kisah la balik untuk raya ke apa… yang pasti, aku mau balik!!!
namun, setelah mendapat beberapa panggilan. tawar hatiku untuk balik. tak balik pun mungkin tak mengapa. pelik kan? hati. ya. hati itu mudah saja ditwist oleh DIA. DIA yang menggenggam hati ini. semoga hati ini tidak terpesong jalan hidup yang telah dipilih.
aku bertolak balik ke negeri-yang-aku-tak-tahu-dan-tak-reti-lagunya-ini, pada hari terakhir ramadhan. tiba je petang tu, ayah amik kat tepi jalan tu. masuk je rumah, semua sedang bersiap balik kampung sebelah ummi. aku pun tak tau apa perasaan masa tu. tapi, cukup santai. sangat relaks. haha.
baju raya sudah mereka packing untuk aku. aku cuma perlu bawa barang individu aku aje. terima kasih banyak-banyak adik-beradikku.
hidup dalam angan memang berterabur. macam mana hidup dalam angan tu? macam aku. heh. fikir dan rancang dalam kepala, kemudian tinggalkan.
tangan tak bergerak untuk mendetailkan lagi rancangan. hati tak berapa terpasak! oh. hati. masalah. masalah. bila hati sakit, otak yang sihat pun hancur!
ada sebabnya aku memilih kursus yang tidak pernah aku sebut zaman sekolahku dahulu ini.
ada alasannya aku mengambil peluang ini.
ada hujahnya aku melepaskan sebahagian cita… anganku dulu.
menangis? aku tidak mampu.
senyum? lebih positif.
aku cuba menjadi seorang positif untuk diri dan manusia disekeliling. tapi, sering sinis yang dapat didengar dan dilihat.
harus, positif bagaimana agaknya aku ini? apa positif itu sebenarnya negatif tanpa aku sedar?
beberapa buah novel sempat aku habiskan dalam masa beberapa bulan ini. heh. sempat ya? kui3. yalah. orang sibuk mengadap assignments, homeworks, aku? mengadap novel!
aku bagi tau rakan-rakan sebilik aku, aku bukan tak nak buat homeworks assignments semua tu. tapi, daripada aku menghadap semua tu berjam-jam lamanya, tapi sehelai kertas pun tak terconteng. minda tak dapat save. baik aku baca buku! novel? bagi aku, novel tu salah satu guru juga. novel kan sejenis genre buku juga? buku itu kan jambatan ilmu? novel yang baik bagaimana? datangnya dari penulis yang bagus. penulis yang bisa membuatkan pembacanya berfikir tentang hidup yang berpijak pada bumi nyata bukan khayalan semata. namun, pada aku lagi, pembaca juga harus berfikir ketika membaca! bukan menuruti plot sahaja! tidak semestinya penulis yang kena bagus. pembaca juga. ^-^
berbalik kepada hal assignments-homeworks tadi. kawan-kawan aku selalu nampak aku relax. huhu… dalam hati DIA je yang tahu.
alhamdulillah, tempat aku belajar sekarang ni environmentnya sangat best! pemandangan yang indah. hari-hari aku bisa tengok burung-burung…. selalu ada kawanan burung terbang. pagi dan petang. hari-hari aku bisa menikmati pemandangan bukit-bukit yang hijau juga yang sudah botak. hari-hari juga aku mendaki bukit. he.
aku suka berjalan pada waktu pagi. ALONE. sebab aku boleh berinteraksi dengan diri aku. let’s say aku jalan dengan kawan-kawan, sure aku nak bercakap! sebab it’s uncomfortable when u walk with somebody in silence. agaknya macam mana waktu aku berdiam diri dengan orang ya? hah! itulah perasaannya! dush!!! dush!
aku tak tahu lagi mana aku nak cari ruang bersendirian. maka, pagi jadi pilihan. lepas subuh, walaupun aku lambat, pukul 7, setakat ni, memang aku make sure aku dah siap. 7.15 paling lambat. then, aku tinggalkan roommates aku yang lagi tiga orang dibilik bersiap. aku akan jalan-jalan ke kelas dengan sangat leisure! with a pleasure! smile to the horizon. wink to the clouds. ceh! tapi sebegitulah perasaannya.
dan aku sungguh sangat kacau kebelakangan ini. he. musim assignments menghujan!
apa lagi ya?
setakat ini ajelah bebelanku dinihari ini.
ya.
tika embun jantan menitis…
aku mula menulis.