I-S-A ; ini sejarah aku

It’s a test, (from Allah), a test (from your Lord), it’s a test (what you gonna do?), gotta realize it’s a test test - native deen

it is over.

Filed under: me~ — ammarhabibahlovelavender at 6:01 am on Tuesday, December 2, 2008  Tagged ,

peace be upon ya!

yosh! debush!

selamat jalan kepada kawan-kawan yang balik ke kampung masing-masing. :D
it’s over. it’s end. what’s it? lagi mau tanya. SPM! hue3.
betapa rasa… bukan tak percaya. abaikan. tapi, 1 disember 2008 telah menjadi tarikh terakhir bagi calon SPM semalaysia aliran sains yang mengambil PSI memakai uniform sekolah masing-masing. tak tahu la , mana tahu ada sekolah nak minta kami jadi model uniform sekolah, kan?

sungguh, aku akan rindukan… rindukan sekolah. hoho. habis je paper Syari’ah, keluar la dari dewan. saki chan bawak kamera. maka kami posing-posing untuk kali terakhir dengan baju sekolah. ehe. tapi samihah chan sempat tangkap satu aje. __” maka banyaklah gambar aku, saki chan, epa[l] chan dan nusaibah chan dalam kamera tu. saki chan bagi teddy bear satu sorang dengan.. ape ek? benda yang bau wangi. aku amik lavender nye bau.
o ye, bila keluar dewan kebanyakan kitorang  bukak handset masing-masing telefon mak bapak masing-masing. aku jeles melihat cik aifaa dan saki chan menelefon mama masing-masing. :D maka aku telefon ummi tidak lama kemudian pinjam miss aifaa nye hp.

em… where’s the fire? ar.. lepas ni tak gi sekolah dah. lepas ni bangun je tido, no more homeworks dalam kepala. setiap kali habis paper untuk sesuatu subjek, rasa itu datang bila tengok buku-buku yang berkaitan. nak-nak pulak buku latihan dan soalan-soalan yang tak buat sampai habis. oh. aku nak habiskan jugak-jugak dalam tempoh cuti belajar 6 bulan ni! hehe. tak nak otak berkarat. ye la tu.

suka je tengok bebudak asrama balik rumah masing. especially mereka yang dijemput oleh keluarga masing-masing. whoa! hihi. bestnya perasaan tu kan? :D
dalam tempoh SPM ni, buku Tunas karya hlovate agak memberi inspirasi kepada aku. haha. walaupun rasa agak terlewat aku baca. patut-patut JS terbitkan masa tahun 2007. hehe. ape ni? dalam tu ada teori tangan kiri Fleming, oxidising agents, chemical equation, add maths nye formula… haha. fizik kari daging? macam mana bila aku baca tunas dekat-dekat 1/3 kut, aku rasa tak sanggup nak baca. nak study! huhu. alhamdulillah aku berjaya study. ehe. tapi tak utk semua subjek ar. subjek kritikal aku untuk study add maths dan biology. hoa~ biology yang pernah aku cintai. aku sudah berusaha [sikit] untuk mencintaimu kembali. tapi aku hanya ketiduran. wah3. entah kenapa boleh pulak tidur masa study bio. mengenangkan doctor… doctor… nurse… nurse… aku gagahkan diri. ehe. novel tunas tu sangat cantik dibaca oleh semua golongan pelajar sekolah menengah terutama mereka yang berada di menengah atas dan yang akan menjejaki menengah atas serta pelajar yang menjawat jawatan pengawas atau apa-apa yang berkaitan dengan kepimpinan. tak pun pelajar yang nakal yang rasa nak musnahkan diri sendiri. semoga mendapat hidayah. ^_^
sangat jeles dengan pelajar tunas itu. aha.

kebanyakan calon-calon SPM yang dah habis mesti nak ambil lesen kereta. he. ada yang nak bina badan la. ada yang nak kerja. ada yang kena PLKN. haha! best tuh. ada yang nak qadha tido. ada yang masuk kursus untuk self-development.
ada jugak yang kalut2 cari no. unik ID nak isi borang UPU fasa 1. haha! letak merata lagi.

aku dah rindukan sekolah. oh. bukan. aku sudah rindukan perasaan itu! ^_^

setiap pertemuan ada perpisahan. jumpa lagi nusaibah, sakinah, haifaa, samihah. jumpa lagi kawan-kawan.
cuma ada la juga benda yang tak syok. pasal cleanliness itu. pasal couple itu. ada apa dengan cinta seorang ajnabi?